SOP Pembukaan Semula Sektor Ekonomi – Prime Minister’s Office of Malaysia (PMO)

  1. Mulai 4 Mei 2020, Kerajaan Malaysia akan membuka semula (restart) ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh.
  2. Kebenaran ini tertakluk kepada persediaan dan langkah-langkah yang diambil oleh perniagaan untuk memastikan kepatuhan kepada Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan di dalam dokumen ini.
  3. SOP yang disediakan adalah untuk memastikan aspek kesihatan diutamakan dan terjamin dalam persekitaran di mana penularan wabak Covid-19 masih merupakan ancaman yang benar. SOP ini berhasrat untuk mengurangkan risiko kesihatan kepada orang awam dan di premis perniagaan, sekaligus mengelakkan perkhidmatan kesihatan negara dibebani sehingga tahap yang luar kawalan.

Baca lanjut di: Prime Minister’s Office of Malaysia

Hits: 12

Tolong duduk diam diam dalam rumah dalam rumah boleh tak?

Just stay at home. Demikian nasihat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta rakyat Malaysia untuk berada di rumah dan meluangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga.

Baca lanjut di: www.msn.com

Ramai yang silap bila di beri pengecualian bekerja dari rumah mereka ingatkan ini holiday panjang untuk bersukaria dan balik kampung.

Tempoh larangan ini adalah jadi tanggungjawab semua untuk hadkan pergerakan bagi menghalang penyebaran covid 19.

Jika jumlah jangkitan mencanak naik, tempoh larangan ini pasti dilanjutkan. Oleh itu kita semua dilarang ke sana ke mari bagi hal hal yang tidak penting. Larangan lain adalah seperti:

  • Keluar berjalan jalan bersama keluarga
  • Membeli belah bersama keluarga, beli barangan keluarga dibolehkan tapi tak perlu dengan semua keluarga
  • Makan di luar di mana mana restoran tapi tapau dan bungkus dibenarkan
  • Keluar rumah tanpa tujuan
  • Menghadiri perhimpunan atau perkumpulan ramai orang seperti kenduri dan sebagainya

Kesimpulannya, DUDUK DIAM DIAM DI RUMAH.

Bosan duduk dirumah? Alang-alang menulis biar sampai hasilkan income.

Hits: 24

Borang Kebenaran Rentas Negeri dikuatkuasakan sewaktu PKPD

PEMBERITAHUAN

Borang Kebenaran Rentas Negeri

Kepada yang berkeperluan untuk melakukan perjalanan rentas negeri, contoh : KL – KEL, SAR – KED dan seumpamanya dikehendaki mengisi borang yang tersedia di Balai Polis berdekatan sebelum memulakan perjalanan.

Sekiranya ditahan dan gagal mengemukakan dokumen sokongan kebenaran perjalanan yang dibekalkan oleh Ketua Balai anda boleh didakwa atau dikenakan tindakan di bawah Akta 342 / Akta 344. Penjara tidak lebih 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kepada yang tidak berhajat sila berada dalam rumah masing-masing, JANGAN KELUAR melainkan untuk tujuan terdesak dan penting sahaja seperti:

– The death of a close family member

– Critical illness of a close relative

– The requirement of medical treatment, for themselves, or a close family member

– Other situations which will be weighed by the police

Arahan Ketua Polis Negara
Tan Sri Hamid Bador

Hits: 169