Bagaimana buat promosi untuk nak bina jenama perniagaan sendiri di Facebook Page?

Sebenarnya posting ini berkenaan perkongsian seorang kawan saya menceritakan bagaimana beliau promosikan perniagaan di facebook, seperti produk kewangan, unit trust dan juga takaful atau mungkin juga anda seorang trainer sesuatu bidang kepakaran.

Saya telah pun meminta kebenaran untuk share tips ini dengan para pembaca sekalian jadi mohon ambil teliti ya.

Pertama yang utama adalah foto profail fb anda, sila berbangga dengan wajah anda yang sememangnya satu kurniaan Ilahi yang amat tidak ternilai. Anda mungkin suka bayi atau kucing, tapi untuk bina brand di facebook, bila anda syok sendiri, maka anda akan kekal syok sendiri selamanya. Soalnya, kucing atau bayi yang mahu bina brand atau anda sendiri?

Kedua, jangan menjual di facebook, sekali sekala tu boleh la… kalau setiap posting asyik memberi promosi keras, orang lain pun bosan tak nak like posting anda. Bila tak ada like, robot fb tidak mengenalpasti ada ‘perhubungan’ antara anda dan rakan2 fb di alam maya, maka posting anda tidak akan dapat dilihat oleh rakan-rakan fb, apatah lagi rakan fb anda mempunyai ramai followers, competition untuk keluar update status anda agak ‘slim’.

Ketiga, anda boleh mempromosikan secara lembah lembut, memberi perkongsian tentang apa perniagaan yang anda jalankan, dalam nada bukan syok sendiri, fikirkan apa yang anda suka apabila orang lain post dan memahami apa yang suka dibaca, like, share dan dikomen oleh rakan-rakan amat penting dalam konteks bina brand di fb.

Keempat, bila orang komen, tolong ‘like’ atau sebaiknya reply kepada komen mereka secara positif, lembutkan jari jemari anda untuk menyukai komen mereka. Bukan susah pun kan? Sebaiknya, sebut nama mereka untuk lebih beramah mesra. Apabila anda reply pada komen-komen, status update posting akan up kembali ke atas among friends, sebab tu anda boleh lihat ada posting rakan-rakan yang dapat likes bukan ratusan, sehingga ribuan tanpa menggunakan fanpage atau fb ads.

Kelima, elakkan bergaduh di facebook, atau menulis status yang bermotifkan politik yang melampau, seolah-olah kawan anda semua sehaluan dengan anda. sekiranya anda seorang yang tidak menggunakan fb sebagai social branding, tak kisah lah namun sekiranya anda seorang yang pentingkan penggunaan facebook untuk soft marketing, jadilah seorang yang neutral.

Keenam, pastikan berapa ramai kawan fb anda? Anda mungkin buat posting yang lazat utk dibaca, tapi kawan-kawan facebook tak sampai seribu pun, akibatnya capaian pemasaran anda tidak meluas la kan? Kalau nak add friends beramai-ramai dalam masa sehari, elakkan guna desktop, sebaliknya gunakan fb mobile apps, telah terbukti dgn fb mobile apps, anda boleh add ratusan friends sehari tanpa diblock oleh fb.

Ok, cukup la dulu perkongsian, nanti bila ada idea lain, saya akan tulis lagi ya. Sekiranya anda rasakan perkongsian ini bermanfaat, boleh la klik button ‘like’ dan ‘share’.

Selamat beramal.

Perkongsian dari pengalaman rakan saya, Ahmad Humaizi, 19 Okt 2015.

Anda pula bagaimana nak promosi?

Boleh je nak mula bina brand dengan cara position diri anda secara online di Facebook agar orang kenal anda dengan bisnes anda. Semuanya telah diceritakan kat atas tu cumanya anda perlukan kemahiran untuk buat secara hands on.

Kat bawah ni saya cuba pecahkan kebuntuan anda satu per satu apa yang perlu anda lakukan terlebih dulu:

  1. Anda perlu sedar bahawa apa yang terbaik sekali untuk di branding kan adalah diri anda sendiri. Bukannya kek, kereta, bantal, sambal, karipap atau sebagainya. Letakkan dulu kepercayaan orang lain terhadap anda. Bila orang dah percaya, anda boleh jual apa sahaja tetapi biarlah fokus satu produk je dulu. TETAPI, walaubagaimana pun jika anda tetap mahukan fokus pada satu-satu produk sahaja pun boleh juga. Cumanya jika anda mahu promot produk lain pula nanti anda perlu bina semula proses yang sama bermula dari zero. So, tiada masalah sebenarnya tapi itu la kelemahannya. Keputusan di tangan anda.
  2. Ekoran dari faktor no. 1 maka anda seeloknya buat page atas nama anda sendiri lengkap dengan gambar sendiri dan bukan gambar kek, kereta, bantal, sambal, karipap dan sebagainya. NAMUN jika masih mahukan fokus pada satu produk boleh juga letak gambar yang sesuai dengan jenama dan produk tersebut.
  3. Setting page ini dengan cara yang betul. Yang asas ramai yang dah tahu letak gambar bagai cumanya tentang tab dan button ada cara sebenar untuk setting agar anda dapat perhatian dari pengunjung secara maksimum. Contohnya bila nak ajak pengunjung like page anda, macamana nak set button tu agar senang nampak dan like atau pilihan mana button paling sesuai nak letak samada Whatsapp, Buy atau Nak Tahu Lanjut. Semuanya ni anda perlu lebih clear sebelum buat keputusan. Nak tahu lanjut macamana nak setting Fb page yang betul boleh lihat di laman Fanpage Superstar.
  4. Selepas dah siap FB page, next step adalah anda perlu dapatkan like. Langkah ini penting kerana untuk dapatkan keyakinan bakal pelanggan, untuk tarik engagement yang lebih aktif serta apabila ada banyak like maka setiap post yang anda lakukan akan tular (viral) dengan lebih mudah. Minimum biarlah 1k fan, tapi target lah tinggi sikit sampai 50k fan biar gegar fanpage anda nanti. Tak mudah untuk tarik like secara softselling dan organik jadi kena mahirkan sikit dengan buat iklan jika nakkan result pantas. Jika tak tahu boleh rujuk teknik langkah demi langkah tarik like kat laman Fanpage Superstar.
  5. Bila dah ada like minimum 1k barulah anda akan rasa semangat nak buat posting sebab masa ni akan ada orang respon pada post anda. Kecuali anda hati kering dan jiwa kental nak mula dari zero pun boleh. Buat posting softselling selalu dan tarik like secara manual pun boleh cuma agak lambat dan anda akan tertanya-tanya mana pulak orang nak like post pun susah. Jadi anda boleh pilih mana yang terbaik.
  6. Satu pesanan penting, anda perlu buatkan kempen tarik like secara berterusan samada secara manual atau gunakan iklan walaupun anda telah berjaya dapatkan target yang diimpikan. Ini adalah kerana like pada page anda adalah satu aset dan anda sebenarnya menarik potential future buyer dan mungkin akan membeli pada masa akan datang. Kumpul, kekalkan dan layan pelanggan sedia ada tetapi pada masa yang sama tambah like dari potential buyer.
  7. Akhir sekali, untuk tarik sale berganda selain buat iklan tarik like, anda boleh buat iklan yang direct menjual sekali sekala yang targetnya terus kepada pembeli tegar. Ada caranya untuk setting iklan agar anda boleh dapatkan buyer sebenar tanpa membazirkan bajet yang banyak dengan merujuk kepada laman Fanpage Superstar. Dengan cara ini senjata pemasaran anda telah lengkap dan berfungsi saling melengkapi antara imej anda didepan, posting softselling, tarik like dan akhirnya iklan menjual.

Anda perlu mahir dengan teknik pakej ini untuk menanam kepercayaan pelanggan terhadap anda sebagai seorang individu yang mempromosikan sesuatu. Orang akan mula membeli bila mereka percaya kepada anda.

Baca: Bagaimana nak buat marketing macam selebriti dan influencer

Hits: 625