5 Langkah Mudah Menulis Ayat Copywriting Untuk Peniaga Kek Pukau Emosi Pelanggan

Rasanya dah banyak kali dikongsikan berkaitan topik penulisan ayat copywriting di blog ni dan masih ramai lagi yang tidak jelas ataupun malas nak fikir dan tulis.

Bila kata kita nak menulis untuk menarik perhatian pelanggan jadi hendaklah kita tulis untuk pelanggan. Letakkan diri kita dalam diri pelanggan. Elakkan tulis tu dari kepala kita semasa kita berfikir sebagai penjual. Sebagai seorang penjual kita akan fikir nak menjual jah.

Sekarang kita kena hipnosis diri sendiri dan tukar diri kita menjadi seorang pembeli. Ayat lain hipnosis ni jika tak paham – kira macam pukau diri sendiri. Cuba pukau diri sendiri dan jadikan diri sendiri sebagai seorang pelanggan.

Kita bagi contoh ayat promosi makanan kat sini supaya lebih mudah nak faham. Bagi contoh produk kek. Lebih spesifik contohnya nak jual kek (coklat, fruiti, cheese, orange, strawberi, blueberi, pisang, etc?).

Bagaimana nak fikir jadi pelanggan? Kena tanya diri sendiri beberapa soalan berkaitan pelanggan bila nak tulis ayat promosi kek macam kat bawah ni. Baca sampai habis baru boleh faham.

Step 1 – Tanya soalan ‘Siapa pelanggan kita?’

Soalan A: Siapa pelanggan kita?

Jawapan 1: Orang rumah (selalunya lah)

Jawapan 2: Surirumah sepenuh masa (sibuk dengan anak-anak)

Jawapan 3: Surirumah bekerja (sibuk dengan opis)

Jawapan 4: Orang perempuan bujang (takde masa nak buat sarapan/minum petang)

Step 2 – Tanya soalan ‘Apa sebab utama pelanggan nak beli?’

Soalan B: Apa sebab utama pelanggan nak beli kek kita?

Jawapan 1: Orang perempuan selalu craving …

Jawapan 2: Nak jamu anak-anak kek sedap (anak-anak selalu suka kek coklat-tips baru)

Jawapan 3: Nak jamu suami waktu balik opis minum petang

Jawapan 4: Nak jamu tamu yang datang rumah

Jawapan 5: Nak beri hadiah pada ….

Step 3 – Tanya soalan ‘Apa yang best ada pada produk kita tu?’

Soalan C: Special apa sangat yang ada pada kek kita tu?

Jawapan 1: Rasa buah yang sebenar

Jawapan 2: Rasa coklat yang cair dalam mulut

Jawapan 3: Rasa cheese yang berkrim

Step 4 – Tanya soalan ‘Apa kerugian pada pelanggan kalau tak dapat produk kita?’

Jawapan 1: Rugi sebab kek harga lebih murah dari kedai tapi lebih sedap macam kedai

Jawapan 2: Homemade dan authentic tak macam kedai yang pakai pengawet

Jawapan 3: Stok terhad sangat, rugi melepas sampai termimpi-mimpi kesedapan kek yang rasanya macam mak yang buat

Banyak lagi soalan yang kita boleh tanya untuk dapatkan apa details yang pelanggan suka sangat dengan kek (kena spesifik) kita tu.

Dari maklumat yang dapat kita korek dari pelanggan (kita la kena berlakon sebagai pelanggan) tadi boleh sikit buat rumusan copywriting pasal kek tadi.

Step 5 – Call To Action

Tak sah dah penat-penat karang ayat lepas tu biarkan pelanggan tertanya-tanya melainkan kita akhiri ayat kita dengan call to action.

Atau beritahu pelanggan jika berminat dengan produk kita sila hubungi kita samada di facebook, instagram, whatsapp atau terus ke kedai kita yang ada di Shopee, Lazada, Onpay atau apa jua platform ecommerce yang kita ada.

Contoh mudah call to action jika kita guna whatsapp adalah seperti dibawah:

Boleh klik whatsapp link – http://www.wasap.my/012XXXXXXX/nak_produk-awak

Jadi bila semua dah siap kita gabungkan semua ayat sepertimana contoh kat bawah.

Contoh ayat promosi kek pisang moist gebu:

Bestnya pekena kek pisang dengan teh ‘o’ nipis kurang manis minum petang-petang. Perghh! Baru sebut je dah terasa manis pisang kat dalam mulut memang terliur lah! Moist dan gebu pulak tu.

Tapi tahu tak yang banyaknya orang jual kek pisang tu dia tak letak pisang yang cukup atau letak pisang apa-apa je janji boleh. Cuba cari kek pisang special yang buat guna pisang terpillih memang susah nak jumpa.

Kek pisang yang power, dia mesti moist, gebu dan sedap. Mesti ada rasa varieti pisang yang autentik dan tak guna perasa atau bahan sintetik. Bila makan kek pisang ni rasanya memang membuatkan anak-anak tak tolak walaupun diaorang tak suka makan buah. Biasa la budak-budak kan suka makanan yang manis. Bila makan dengan suami pulak terasa bahagia sangat bila tengok dia mengunyah dan telan kek tu sambil tersenyum simpul. Best rasa!

Tak rugi makan kek pisang homemade. Sihat, segar dan berkhasiat untuk seisi keluarga. Bagi surirumah yang teringin nak tengok senyuman suami dan anak-anak yang gembira bila dijamu kek pisang moist, gebu, sedap lagi berkhasiat silakan saja boleh dapatkan dari agen kami yang sentiasa bersedia entertain anda.

Boleh klik whatsapp link – http://www.wasap.my/012XXXXXXX/nak_kek_pisang_gebu

Begitulah step ringkas nak ke arah menulis ayat copywriting sebagai contoh ayat promosi makanan yang nak memenuhi emosi membeli pelanggan. Jangan main taram je. Buat kajian dulu, lepas tu apply step macam kat atas. Jika kita nak menulis dengan lebih ‘deep’ kita boleh aplikasikan step yang lebih tersusun dan sistematik agar ayat copywriting kita tu ada flow yang lebih meyakinkan dan seronok dibaca oleh para bakal pelanggan kita. Kalau nak promote barang lain pun, step dia sama sahaja yang penting kat sini ialah siapa pelanggan kita? Rungkaikan, senaraikan, bedah siasat emosi mereka, buat catatan sikit. dari semua maklumat yang kita dapat korek tu kadang tak perlu guna semuanya. Kita boleh buat kombinasi maklumat berbeza untuk kategori pelanggan berbeza untuk produk yang sama.

Contohya kek pisang tadi kita boleh buat beberapa set copywriting untuk setiap kategori dimana buat copywriting untuk kek yang dihidang untuk suami, buat juga copywriting untuk kek yang dihidang untuk anak-anak, bagitu juga set copywriting untuk kek yang dihidang untuk tetamu, kek sebagi hadiah, kek nak dibawa ke kenduri, kek untuk happy birthday dan pelbagai lagi event. Nampak kan. Oleh itu mahirkan diri dengan step-step ni dengan lihat contoh ayat storyselling dan mulakan berlakon jadi pelanggan sekejap agar pelanggan kita akan mendapat apa yang mereka sepatutnya dapat.

In shaa Allah, korang akan dapat siapkan copywriting ni sekejap je tak sedar masa berlalu dan tak ada rasa pening-pening lalat atau bosan mengantuk.

Rasa seronok lagi ada, tau-tau dah siap! Best!

Hits: 163