Buat Headline Padu Untuk Ayat Promote Produk dan Roketkan Bisnes Anda

Dalam dunia pengiklanan, headline adalah satu elemen yang sangat penting.

Tanpa headline yang kuat, orang tak akan berhenti untuk membaca iklan kita. Sia sia segala yang kita tulis dalam copywriting kalau headline kita tak bagus.

Sebenarnya, headline ni merupakan 80% daripada keberkesanan iklan kata David Ogilvy iaitu seorang legenda marketing.

Langkah seterusnya apabila dah buat headline, anda perlu test kepada market.

Mula kan buat split test headline terhadap iklan dan setiap hari lancarkan lah 10 iklan yang kita test untuk melihat iklan mana yang paling menarik minat prospek.

Jika kita nak berniaga, kita mesti beriklan. Dan jika kita nak beriklan, kita mesti agresif dengan pengiklanan kita.

Sebab itulah kita kena test, test dan test iklan kita. Dan test yang paling mudah untuk dilakukan ialah test dengan menukar headline.

Dalam beriklan, bila perlu tukar apa-apa elemen dalam iklan, cuba dan cuba tukar 2 benda iaitu headline dan introduction.

Cuba buat 100 headline kerana bila nak test iklan nanti, anda tak perlu tergaru garu nak cari headline. Nak buat headline ni bukan mudah sebab tu kita kena jadikan kerja membina headline ni sebagai satu agenda.

Bila kita dah siap 100 headline, in shaa Allah keperluan pengiklanan kita untuk masa depan mendatang sudah selesai.

Ada headline yang kita guna, ada yang tak dan ada headline yang kita guna berkali kali bergantung kepada keberkesanan. Dan bagi headline yang kita dah detect berkesan kita guna berkali kali ni dalam banyak keadaan kita akan edit sikit-sikit supaya lebih bersesuaian dengan keadaan.

Siap sedialah dengan 100 koleksi headline sila gunakan dalam iklan secepat mungkin, jangan biarkan dia terperap begitu saja tanpa digunakan sebab rakan2 dah berusaha keras untuk siapkan headline tu.

Jangan ingat bila sekali buat posting iklan kira dah menjadi ya.

Bila berbisnes kena mengiklan. Bila mengiklan kena agresif. Sebelum boleh agresif kita kena test mana senjata yang tajam. Tajam senjata 80% terletak pada headline. Buat split test sehingga jumpa senjata tajam tu dan gunakan berulangkali.

Targetlah untuk mampukan diri anda untuk post iklan setiap hari/jam/minit guna senjata yang tajam tu.

Kalau senjata tu dah tajam, jangan pula run iklan hanya sekali sehari , rugilah senjata tajam disimpan dalam almari. Senjata tajam mesti dibawa berperang.

Binalah funnel supaya boleh menerima limpahan leads yang banyak hasilkan jualan dari posting iklan tu.

Jangan risau kalau hari ni belum ada result yang gempak lagi, jangan tengok posting orang kat fb. Diorang semua tu banyak yang propa aje, parcel belum pos pun diambil gambar supaya orang ingat dia berjaya.

Anyway kalau parcel dia sikit atau banyak pun, ia tak mengubah situasi kita. Kita still kena usaha keras untuk ubah nasih diri. Teruskan usaha tanpa jemu.

Buat sampai jadi.

Sebelum tu hasilkan 100 headline dulu sebagai persediaan peluru nak pergi berperang dengan ayat iklan promosi yang power. Kemudian design funnel yang menguntungkan supaya boleh menerima 8limpahan leads yang banyak hasilkan jualan dari posting iklan tu.

Hits: 1503

Ayat promote iklan produk tak menjadi?

Step pertama-tama sekali apabila buat ayat promote iklan ialah keupayaan untuk tarik perhatian.

Gagal menarik perhatian alamat awal untuk tutup kedai.

Jadi usahalah macam mana pun, tarik perhatian pelanggan dulu.

Kemudian apabila dah tertarik maka barulah terbuka hati mereka nak tahu.

Lepas tu terbaca sebab nak tahu apa dia yang menarik sangat tadi tu.

Selepas habis baca barulah tau memang menarik rupanya timbul pula rasa teruja.

Nak tahu lagi maklumat lanjut apalagi barula respon.

Jadi proses yang mula-mula tadi nak buat ayat promosi tarik perhatian perlulah buat betul-betul.

Jika tak, sia-sia usaha marketing yang dijalankan.

Bab ini memang ramai putus asa sebab ingat kacang je nak bisnes online ni.

Posting ayat biasa-biasa, maaf orang tak layan.

So, bagaimana nak buat ayat promote iklan yang tarik perhatian pelanggan?

Baca: Teknik simple tulis ayat promosi yang menyengat

Hits: 266

Langkah-langkah menjual secara online di Facebook

Mungkin ramai yang tak perasan.

Nak menjual secara online ni melibatkan beberapa langkah.

Ini bagi menyiapkan minda anda agar lebih bersedia dan tidak mengambil mudah.

Biar kita bersedia lebih dari tidak bersedia langsung.

Ok mula-mula sekali apabila kita berniat nak menjual mestilah tengok trend barang apa yang laku.

Pada waktu ini jangan fikir stok dulu.

Jangan beli barang dulu jangan keluar modal dulu.

Step 1

First step buat validation di medium pemasaran fb yang anda nak guna.

Step ini anda mesti ada ilmu pemasaran.

Caranya ialah dengan gunakan ayat pemasaran yang sesuai.

Ayat yang sesuai akan memanggil pelanggan yang betul.

Apabila ayat yang digunakan tidak sesuai, tidak akan ada yang respon.

Jadi, kena pastikan samada cara anda buat ayat tu betul ke tidak.

Sekiranya tak betul nanti anda ingat produk anda yang tak laku.

Walhal, cara anda menjual yang tak betul.

Step 2

Bila dah dipastikan produk yang  nak dijual tu laku tiba masanya nak ambil stok.

Carilah supplier yang reliable.

Harga pulak mestilah ngam.

Ini memastikan agar bisnes anda tak terganggu.

Bayangkan anda dah jumpa produk laku.

Pelanggan pun ramai minat tiba-tiba supply takde.

Masa itu anda akan rasa macam nak nangis pun ada.

Step 3

Kumpul database.

Apa tu?

Rekod semua butir pelanggan.

Buat follow up kepada pelanggan yang lama menyepi.

Tujuannya ialah untuk buat repeat sales.

Setengah kita fikir asyik nak cari pelanggan baru.

Sebenarnya pelanggan lama juga ada potensi nak beli.

Cuma bergantung kepada kita samada nak promo atau tak.

Ok setakat itu tips kali ini.

Mungkin nampak simple tapi sekiranya ada manfaat bolehlah share dengan kawan-kawan.

Nak tahu teknik sebenar bagaimana nak pasarkan produk melalui FB page dengan cara yang betul, anda boleh contohi influencer ni dengan baca artikel Bagaimana Nak Bina Jenama Perniagaan Sendiri di Facebook.

Hits: 89