3 kunci utama elak sakit mental kemurungan (depression)

Sakit mental merupakan jenis sakit yang bakal meningkat kepada yang kedua penting selepas sakit jantung di Malaysia menjelang tahun 2020. Punca utama sakit mental adalah kerana individu yang tidak boleh menerima hakikat atau takdir dan tidak tahu bagaimana hendak menangani tekanan. Punca ini mungkin timbul akibat kurangnya ilmu dari pembacaan, tidak mengikuti perkembangan disekeliling, berfikir sendiri tanpa mengambil pendapat orang lain, tidak menerima pendapat orang lain serta jahil dalam ilmu agama.

Terdapat beberapa tips untuk elak dari sakit mental ini menguasai diri, dimana sepatutnya kita yang menguasai keadaan dan mengawal ianya dari membesar. Kunci utama bagi menghalau sakit mental ini dari minda kita ialah bersangka baik dengan Allah swt. Dikatakan ini adalah kunci utamanya kerana jika tips yang utama ini tidak boleh diterima maka sudah terang-terang individu tersebut sudah pun ada masalah mental di dalam dirinya dan sememangnya tidak boleh mengubah persepsi dan sukar untuk sembuh melainkan dengan upgrade ilmu agama terlebih dahulu.

Logik mantik bersangka dengan Allah swt ini sangat mujarab sekiranya kita berlapang dada dengan kenyataan dibawah:-

  • Allah swt letakkan kita berada dalam keadaan yang terbaik
  • Allah swt tidak membebankan kita dengan ujian yang tidak mampu kita tanggung
  • Allah swt uji kita untuk melihat bagaimana kita bereaksi terhadap ujian yang tersebut
  • Ujian yang diberikan atas kita adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu dan menyediakan halatuju yang baru untuk kebaikan masa depan kita
  • Setiap ujian yang Allah swt beri atas bahu kita disertakan sekali dengan berita gembira setelah itu

Bagi individu yang sudah biasa dengan kenyataan diatas maka tidaklah sukar untuk menerimanya. Namun bagi mereka yang jarang terdedah dengan maklumat sebegini sudah tentu sukar sekali minda mereka untuk menerima. Malah orang bukan Islam sendiri ada yang bersikap seperti mukmin mungkin kerana ajaran nenek moyang yang disampaikan turun temurun.

Simptom orang yang tidak boleh menerima tekanan adalah contohnya mereka cuba mengambil bahan terlarang untuk melupakan perkara yang mereka tidak boleh terima seperti mengambil dadah, meminum arak dan kemuncaknya adalah membunuh diri. Malah ada yang lebih tertekan dengan sanggup membunuh pasangan dan anak-anak sekali. Malang sungguh.

Kunci kedua untuk elak sakit mental adalah bersangka baik dengan manusia. Elakkan sakit hati, iri hati, dengki, fitnah memfitnah, sentisa memandang buruk orang lain, memandang rendah orang lain. Cuba tukar fokus dengan mengatakan orang lain adalah lebih baik dari diri kita sendiri. Sekiranya terdapat kesalahan atau kelemahan pada orang lain, dengan semangat sangka baik anggaplah orang tersebut tidak sengaja, tidak tahu, tidak berniat pun serta mendoakan orang tersebut diberi hidayah oleh Allah swt agar dia menjadi lebih baik.

Kunci ketiga untuk elak sakit mental adalah sabar, redha, qanaah, terima seadanya, berlapang dada, berserah diri kepada Allah swt secara total dan yang seangkatan dengannya. Mungkin ada yang akan argue dan meroyan tak pasal. Kalau macam tu lebih baik give up dan tak payah buat apa-apa pun!  Konsep kunci  ketiga ini perlulah dipelajari dan diambil ilmunya dari para alim ulama, ustaz dan ustazah dengan secara adil. Pasti ramai yang tahu perkataan-perkataan tersebut tanpa merujuk kepada tok guru dan kemudian claim tahu semuanya.

Kesimpulan mudah kunci utama untuk elak sakit mental ialah dengan memperkasakan ilmu agama di dada. Samada berguru dengan hadiri kuliah, membaca buku-buku pakar motivasi, menonton youtube tokoh ulama dan pelbagai cara lagi.

Membiarkan diri tanpa ilmu akan menyebabkan diri kita berada dalam kegelapan dan mungkin tersesat tidak nampak jalan bagaimana nak selesaikan untuk mencari jalan keluar. Islam itu mudah jadi jangan kita pula sengaja nak susahkan diri dan menuduh Allah swt tidak membantu atau tidak sayang akan hambaNya. Sebenarnya Allah swt sayang cuma kita yang salah tafsir oleh kerana ilmu yang cetek lagi sombong mahu belajar dan tidak mahu menerima nasihat.

Hits: 0

1 thought on “3 kunci utama elak sakit mental kemurungan (depression)

  1. Pingback: Untunglah Ada Hobi Untuk Ubat Hati Bosan | KepokLekor.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge