3 Sebab Utama Kenapa Nak Sayang Nabi Muhamad s.a.w. lebih dari Ibubapa Sendiri

Cerita ni dikongsikan oleh seorang Ustaz di tv. Bayang soalan ni datang dari anak-anak yang pelik bertanya kerana ada sesuatu di hari mereka. Bayangkan ibu yang melahirkan dan bapa yang menjaga keluarga alih-alih kena sayang Nabi s.a.w. lebih dari keluarga sendiri.

Benar bagi seorang anak-anak hidupnya bergantung kepada orang tua yang menjaganya sejak kecil jadi pengalaman hidup ini belum lagi sempurna dan skop kehidupan pun masih belum luas. Berbanding dengan orang dewasa apabila menjejakkan kaki ke dunia sebenar lebih banyak asam garam dilalui. Cukuplah bila masuk sekolah menengah dan berjauhan dengan keluarga sedikit sebanyak banyak cabaran yang perlu dilalui sendiri.

Masuk pula alam universiti alam belajar menjadi lebih mencabar dan jika tak di universiti dimana jua pun di luar dari lingkungan keluarga kita perlu berdiri di atas kaki sendiri dan kurang kebergantungan pada ibubapa. Apalagi bekerja dan berumahtangga kita perlu berusaha sendiri dan ini menjurus agar kita bermunajat pada Allah s.w.t yang utama.

Kepentingan sayang kepada Nabi s.a.w ini diletak kepada usaha yang lebih besar oleh Nabi s.a.w. untuk menjaga umatnya berbanding usaha ibubapa menjaga kita. Antara 3 usaha besar inilah yang akan menjaga kita didunia dan diakhirat.

Doa dan munajat yang tidak pernah putus

Nabi s.a.w bangun setiap malam tanpa gagal untuk bertahajjud dan munajat kepada Allah s.w.t bagi membela umatnya.

Rela berkorban bawa Islam walaupun bahayakan nyawa

Sejarah telah menunjukkan Nabi s.a.w. pernah dihina, diperli, dimaki, diludah, disimbah dengan najis serta di ugut bunuh hanya semata-mata untuk membawa Islam.

Menawarkan syafaat di hari Kiamat

Hatta di akhirat pun Nabi s.a.w masih terus berusaha membela umatnya.

Inilah sebabnya mengapa kita perlu sayang akan Nabi s.a.w. bahkan baginda tidak perlukan kita malah kita lah yang amat memerlukan baginda bagi menyelamatkan kita di akhirta kelak.

Nabi Muhamad s.a.w. pengorbananmu tidak pernah berhenti buat kami. Dan beliau berpesan orang yang paling rapat dengan baginda di akhirat kelak adalah orang yang paling banyak menyebut namanya.

Bersalawatlah kita semua agar kita dapat selamatkan diri dengan merapatkan diri dengan Baginda s.a.w.

Hits: 8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge