4 Ayat Copywriting Tingkat Jualan

Samada anda membuat pemasaran menggunakan FB, Twitter, Blog, Website, eCommerce atau Instagram, anda tidak dapat lari daripada “COPYWRITING”.

Dalam bahasa mudahnya, menghasilkan ayat power.

Ke mana-mana workshop yang anda join, soalan paling femes yang anda akan dengar ialah, “Bagaimana nak tulis ayat power?

Kat sini di kongsikan dengan anda, 4 ayat power yang anda boleh gunakan di dalam bisnes anda.

[PERTAMA]
“Fikirkan tentang ….”

Contoh :-
– Fikirkan tentang, bagaimana rasanya, apabila badan anda menjadi ringan.
– Fikirkan tentang, pandangan suami anda, apabila melihat kulit anda menjadi gebu gebas

[KEDUA]
Mahukah anda menjadi … dalam masa … minggu sahaja ?

Contoh :-
– Mahukah anda menjadi lebih fasih berbahasa Mandarin dalam masa 3 minggu sahaja?
– Mahukah anda menjadi lebih kaya dalam masa 4 minggu sahaja?

[KETIGA]
Kalau anda mahu … anda mesti …

Contoh :-
– Kalau anda mahu menjadi jutawan anda mesti takkan abaikan teknik ini.
– Kalau anda mahu kulit anda jadi lebih gebu, anda mesti hendak tahu petua turun temurun ini.

[KEEMPAT]
Jom … cara bijak !

Contoh :-
– Jom berdiet dengan cara bijak !
– Jom pandai mengaji dengan cara bijak !

Best tak ?
Saya harap, 4 ayat copywriting ini, dapat membantu anda untuk meningkatkan jualan produk anda.

Sumber: RK

Jika anda nak lebih banyak lagi skrip copywriting seperti ini, anda boleh baca Skrip Copywriting kat bawah ni.

Baca: Formula ayat power promote produk untuk tingkatkan jualan

Hits: 34

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge