4 tanda umum wajib saringan covid-19 serah diri pada klinik kesihatan atau hospital

Selalunya kita akan anggap remeh apabila alami demam, selsema dan batuk oleh itu dibiarkan sahaja untuk baik sendiri. Tanda yang sama juga akan ditunjuk apabila kita dijangkiti virus influenza biasa.

Tapi tahu tak sekarang ni dah ada bermacam jenis virus yang ada diluar sana yang menyerupai virus yang sama dan virus ini masing-masing punya tanda-tanda yang berlainan darjah bahaya.

Tanda yang dialami juga mungkin lebih kurang sama pada mulanya dan bezanya hanya apabila semakin teruk baru kita ketahui pada masa itu kita dijangkiti virus yang boleh sebabkan penyakit kronik atau kematian.

Beza covid-19 dengan virus biasa ialah tanda kita alami sukar bernafas. Di laporkan pesakit yang sembuh dari jangkitan covid-19 belum tentu sihat. Ada yang meninggal kerana covid-19 telah jangkiti paru-paru dan sebabkan kerosakan teruk. Dilaporkan kerosakan paru-paru akibat jangkitan covid-19 hanya boleh disembuhkan atau dibaiki setelah 15 tahun.

Oleh itu sebelum lewat kita mesti cek dengan klinik apabila mula berasa selsema, demam dan batuk sebelum penyakit lebih menjadi teruk dan menjadikan kita mula sukar untuk bernafas.

Apabila muncul salah satu dari 4 tanda pada kita segeralah jumpa doktor apabila alami demam, selsema, batuk atau kesukaran untuk bernafas.

Hits: 29

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge