5 Kaedah Tambah ‘Fans’ Dan Naikkan ‘Like’ Facebook Page

Terdapat pelbagai cara untuk tambah ‘fans’ dan naikkan Likes Facebook  Page. Di antaranya adalah seperti berikut:

1. Blog

Jika anda mempunyai blog, gunakan ia sebaik mungkin untuk mendapatkan fans. Caranya sama ada anda menulis satu post khas mengenai Facebook Page anda, letak link FB Page di mana-mana bahagian blog, ataupun gunakan ‘widget’ yang disediakan oleh Facebook.

Teknik ini telah saya gunakan untuk facebook page dimana saya gunakan blog untuk mendapatkan ‘like’. Cara ini adalah 100% percuma. Sebagai bukti, anda boleh klik blog dan widget Facebook page menunjukkan ada lebih 1000+ fans telah like page itu.

2. Youtube

Anda boleh juga hasilkan video yang berinformasi, menghiburkan dan santai. Tempoh video tidak perlu terlalu panjang. Sudah cukup sekitar 1 hingga 3 minit sahaja. Pada bahagian ‘description’, letak link ke Facebook Page. Youtube adalah enjin carian kedua yang digunakan oleh pengguna Internet untuk mencari sesuatu maklumat.

Teknik ini juga telah saya gunakan. Video tidak perlu canggih sangat. Apa yang saya buat hanyalah video yang menayangkan teks, gambar dengan latarbelakang muzik yang agak rancak akan membuatkan penonton tidak bosan. Sebagai contoh anda boleh lihat video-video ini di youtube saya.

Selain menggunakan Youtube, gunakan juga fungsi ‘upload’ video di Facebook Page. Anda boleh gunakan video yang telah diupload di Youtube ataupun video yang lain. Seeloknya, video itu adalah berkaitan dengan bidang bisnes dan jualan yang dilakukan. Sebaik-baik video adalah video yang mempunyai sebab untuk disebarkan oleh penonton. Antaranya adalah seperti video yang lucu, berinformasi dan menyentuh perasaan.

Teknik ini sama sahaja dengan video Youtube cumanya proses upload anda buat di Facebook dan bukan Youtube. Video yang saya buat juga simple hanya teks yang menarik perhatian diselit dengan gambar dan dengan latarbelakan muzik yang agak rancak seperti muzik rock.

3. Iklan banner

Ini adalah kaedah pengiklanan yang terkenal pada awal bidang perniagaan Internet wujud di Internet. Namun lama kelamaan ia semakin kurang efektif. Namun jika kita lakukan sebaik mungkin, ia juga dapat membantu.

Beberapa petua yang boleh digunakan adalah, gunakan banner yang lebih menggunakan teks, kurang animasi dan slot iklan itu berada di kedudukan yang mudah mendapat perhatian oleh pelawat web tempat kita mengiklan.

Teknik ini paling mudah dengan meletakkan banner anda di blog. Carilah page atau post yang anda tahu mempunyai pelawat yang paling tinggi trafiknya dan letakkan banner yang mempunyai link ke Facebook page anda.

4. Ebook percuma

Tulis apa-apa topik yang kita tahu berkaitan perniagaan yang anda lakukan dalam beberapa muka surat (seeloknya lebih daripada 10 muka surat), di mana tulisan kita itu akan memberikan manfaat kepada pembaca.

Dalam ebook percuma itu, kita letak maklumat diri dan bisnes yang kita lakukan, termasuk link ke Facebook Page. Mereka yang rasa bermanfaat dengan ebook itu, akan pasti mahu mendapatkan lagi maklumat berguna daripada kita.

Teknik ini anda boleh lihat saya gunakan di website ini. Ebook percuma yang berinfomatif, berguna dan diperlukan oleh pengunjung. Di kulit ebook atau cover ini saya gunakan teks sahaja dan simple. Yang penting adalah isinya yang ringkas, mudah difahami dan praktikal untuk orang baca dan buat.

Jadi anda punya banyak pilihan teknik untuk mendapat fans dan like. Gunalah salah satu teknik dan fokuskan usaha anda secara berterusan dan anda akan dapati fans dan like akan meningkat dari sehari he hari berikutnya.

5. Facebook Ads

Inilah kaedah yang terbaik, paling berkesan dan paling cepat menghasilkan jumlah fans yang banyak. Ada pemilik Fan Page mendapat ribuan fans dalam masa sehari dua sahaja. Mengapa FB Ads memberikan hasil sebegini besar? Salah satu sebabnya adalah, pengiklanan ini adalah lebih menumpu (targeted) dan berjuta-juta rakyat Malaysia aktif menggunakan Facebook.

Kos untuk pengiklanan ini tidak begitu besar jika kita tahu caranya yang betul. Keluarkan sedikit kos dan luangkan masa untuk belajar dengan mereka yang tahu mengiklan di Facebook dengan cara yang betul.

Teknik Facebook Ads ini telah saya guna untuk salah satu page saya dan didapati saya boleh dapat fans 1000+ dalam masa tak sampai seminggu berbanding dengan proses menggunakan blog. Bilangan fans yang sama like page anda dalam masa yang paling singkat. Namun awas pastikan pulangannya berbaloi kerana ianya adalah teknik yang berbayar.

Elakkan dari menggunakan Boost Post “bodoh” kerana iklan fb ads ini settingnya terlalu am dan banyak menguntungkan Facebook manakala anda la yang rugi. Oleh itu buatlah setting sendiri agar anda tidak rugi. Jalankan eksperimen untuk mencari setting iklan yang paling optimum bagi menarik engagement yang tinggi. Jika nak tahu boleh belajar promosikan Facebook page anda lebih sistematik disini.

Hits: 22

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge