5 sebab kenapa isteri zaman sekarang perlu buat bisnes

1. Tambah pendapatan

Semua orang tahu, ekonomi sekarang makin tenat. Nak tak nak, isteri sekarang kena fikirkan macam mana nak bantu suami untuk tambah pendapatan keluarga. Kenaikan harga barang, menyebabkan si isteri kena berjimat cermat. Time shopping barang dapur tu, kena cari yang murah dan ada pakej jimat. Nak beli barang sendiri pun fikir banyak kali. Kadang-kadang duit yang suami bagi pun masuk kat belanja dapur.

2. Malu mengharapkan gaji suami sangat

Isteri kadang-kadang rasa malu , Asyik nak mintak duit suami je. Lebih lebih lagi sekali sekala nak melaram beli baju ala wardah. Nak beli suplemen untuk dalaman pun, rasa segan je nak mintak. Bukan mintak dengan orang lain pun tapi dengan suami sendiri pun rasa malu.

Anak anak pula, kadang-kadang minta nak beli air kotak atau coklat. Alahai dalam 3 4 ringgit je tapi takkan lah nak tunggu duit gaji masuk baru boleh beli. Sedih juga kan kalau tiada duit sendiri.

3. Suami tak beri nafkah sebab tak cukup

Oh, ini cerita lagi sedih. Boleh buat drama. Cik Abam tu bukan tak nak bagi. Tapi beban belanja keluarga yang semakin meningkat memang tak cukup nak bagi isteri. Sebagai isteri solehah ni, dah semestinya kena patuh. Kesian kat suami tu, dia sorang je cari duit untuk belanja keluarga kan.

4. Belajar berdikari

Orang kata, sebagai isteri ni kena ada persediaan. Macam sediakan payung sebelum hujan. Tak tahu apa akan berlaku untuk akan datang. Bukan kita minta, tapi realiti. Yang hidup pasti mati. Jadi, isteri yang solehah dan baik hati, bersiap sedialah sebelum apa apa terjadi. Buang PERASAAN MALU untuk mula buat bisnes. Cari orang yang betul boleh bantu!

5. Tak mahu dipandang rendah

Orang kata belajar tinggi-tinggi akhirnya ke dapur jugak. Diorang kata ni isteri dan emak kepada anak-anak yang duk terperap kat rumah 24jam tak boleh jadi wanita HEBAT dan LUAR BIASA ke?

Jangan pandang sebelah mata tau. Sekarang ni ramai surirumah sudah punya empayar sendiri. Korang pun mesti kenal kan. So, jangan pandang rendah wanita berwajah lembut tapi punyai hati besi.

Lastly, nak mula bisness bincanglah ngan Cik Abam tu. Cakap elok-elok. Minta restu. Yang best, Cik Abam pun boleh sama-sama bantu isteri. Pi pos barang ke Cod barang ke.

Betul ke betul?

Kredit: Faaishah Hussin via Puan Zai

So minat nak bisnes tak?

Jom buat bisnes!

Hits: 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge