Affiliate: Bisnes sendiri tanpa modal

Sebenarnya agak berat untuk saya berkongsi tajuk ini. Bukan kerana saya ingin rahsiakan ilmu yang ada tapi betapa susah dan banyaknya perkara yang hendak dikongsikan.

Berapa banyak pun pengetahuan yang dikongsikan namun jika tidak dibuat secara hands on serta konsisten ilmu itu tetap kekal sebagai ilmu yang tidak memberikan faedah kepada orang lain kecuali pemilik ilmu itu sendiri.

Jadi adalah menjadi tujuan saya sangat-sangat untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang saya bersama anda agar kita sama-sama dapat manfaat. Saya mahu setiap orang yang mahu mulakan bisnes dapat mendapat maklumat dari sini untuk bermula dengan lebih yakin.

‘Bisnes sendiri’ bermaksud menjalankan perniagaan dimana andalah bos dan bukan bekerja dibawah orang lain. ‘Tanpa modal’ bermaksud anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli stok malah tidak perlu menyimpan stok.

Ada beberapa model bisnes yang anda boleh terus bermula dengan tanpa ragu, antaranya adalah:

1. Affiliate (produk digital)

2. Dropship (produk fizikal)

Pada kali ini saya ingin tekankan berkenaan affiliate. Ini adalah kerana bisnes jenis ini anda terus boleh mula tanpa berjumpa sesiapa pun cukup hanya dengan laptop atau pun android sahaja.

Apa maksud affiliate? Affiliate bermaksud sistem agen. Kebanyakan sistem ini merekrut agen untuk mempromosikan produk digital. Apa itu produk digital? Nama pun dah digital (maya) jadi produk jenis ianya adalah dalam bentuk softcopy. Contoh produk sebegini adalah seperti ebook, video, perisian, plugin dan sebagainya.

Ramai orang percaya untuk memulakan perniagaan di internet, mereka perlu mempunyai produk sendiri terlebih dahulu untuk dijual. Memang betul, namun ianya bukanlah 100% betul.

Yang 100% betul ialah ramai orang telah mula buat duit di internet setiap hari danbekerja dari rumah dengan hanya menjalankan perniagaan berasaskan pemasaran affiliate sahaja.

Iaitu mereka menjualkan produk orang lain dan menghasilkan keuntungan melalui komisyen bagi setiap jualan produk tersebut.

Mereka tidak perlu bimbang tentang penghasilan produk, penghantaran produk, khidmat pelanggan dan sebagainya kerana mereka hanya perlu fokus untuk mengumpul komisyen daripada jualan produk affiliate tersebut.

Inilah yang menariknya tentang pemasaran affiliate. Anda boleh bermula hari ini walaupun anda seorang newbie dalam perniagaan internet.

Anda hanya perlu fokus & mempelajari selok-belok pemasaran sahaja, dan selebihnya akan diuruskan oleh pemilik produk yang anda tolong jualkan tadi.

Justeru, bagi memudahkan anda untuk memulakan perniagaan affiliate ini, saya telah sediakan satu pakej khas yang boleh anda jadikan sebagai rujukan dan terus memulakan pemasaran affiliate ini.

Klik sini jika nak tahu ——->Bimbingan Promosi Affiliate

Hits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge