Memanglah akaun fb kena blok. Facebook adalah laman sosial. Bayangkan dulu ni dengan fb lah sebenarnya ramai yang berjumpa balik dan berhubung dengan kawan sekolah rendah dulu-dulu, sekolah menengah, universiti dan sebagainya. Jadi ayat-ayat yang digunakan di wall masing-masing pastinya memang friendly dan bersahaja.
Tapi bila kita dah start bisnes jual menjual je, ayat-ayat yang digunakan sangat direct dan kadangkala wall tu nampak sangat menjual. Inilah di antara punca mengapa akaun fb ada potensi untuk di padam on the spot. Kenapa? Pihak FB memberi kita semua menggunakan laman sosial fb secara percuma je. Bayangkan lagi dengan sesuka hatinya kita upload gambar dan video yang menjual kerana tak ada caj dikenakan oleh fb. Facebook ni kalau boleh biar orang yang buat bisnes menggunakan fb ads sepenuhnya agar mereka boleh mendapatkan balik modal keuntungan. Jika tak ada orang guna fb ads, lama-lama mau bangkrap juga fb ni.
Jadi tujuan artikel ini ditulis ialah untuk memberi panduan kepada pemilik akaun fb agar kita supaya bila update status tu jangan nampak sangat ‘Desperate’ menjual walaupun kita buat bisnes. Dengan cara yang halus ni fb tak boleh sesuka hati blok akaun fb kita. Cukup baik dah kalau kita update status yang ringkas di mana tugas anda hanya kongsi maklumat/kelebihan produk sahaja dan selebihnya biar pelanggan yang buat keputusan untuk membeli atau tidak. Sharing is caring – tanpa nampak sangat anda buat hard sell walaupun anda memang nak buat promosi kat wall fb.
Sepatutnya apabila anda buat sesuatu tawaran di wall biarlah ianya dibuat sebagaimana apabila anda update status untuk kawan-kawan, sedara-mara dan sebagainya. Buat secara santai dan bukan status nak menjual. Anda mesti rajin menulis di wall untuk melihat keberkesanannya. Bagi membantu anda menjual dengan cara RAHSIA, halus dan SULIT ini, lihat contoh dahulu dan kemudian cuba ulang dan tambah baik setiap kali ada buat status update. Dengan cara ini anda boleh elakkan akaun fb dari di block.
Klik sini —> Reka ayat santai fb gerenti tak blok akaun anda!
Hits: 4