Al-kisah penjual online kaya raya rupanya seorang pencuri yang sangat licik!

Ini bukan sebuah al-kisah yang aneh. Cuma anda yang tak ikut perkembangan memang tak tahu rahsia underground ni. Rata-rata orang ingat menjual ni macam kacang je. Ada barang, ada pembeli, jual lah kan. Tapi kan tak semudah tu. Kalau ye, dah ramai orang dah jadi jutawan sekarang ni. Betul kan.

Jadi seorang penjual memang perlu kepakaran mencuri. Kalau tak ada kepakaran ni jangan harap nak jadi kaya. Memang sah semua penjual ni semuanya memang pencuri! Tapi jangan salah faham maksud saya. Penjual ini kaya sebab mereka berjaya mencuri PERHATIAN pembeli untuk meyakinkan mereka bahawa produk yang dijual boleh menyelesaikan masalah atau memuaskan hati pembeli tanpa berbelah bagi.

Dalam proses menjual, step pertama yang perlu dilalui oleh seorang penjual ialah mencuri PERHATIAN prospek atau bakal pembeli. Kualiti produk anda, atau tawaran menggila anda langsung tidak bermakna sekiranya tiada orang yang perasan pun. Bayangkan bila orang buka facebook dan scroll newsfeed. Kalau anda tak pandai mencuri PERHATIAN prospek, diaorang scroll newsfeed ibarat angin yang berlalu pergi. Poooi…ilang begitu saje!

Ya! Ini bukan cobaan. Ini betul-betul. Tak ada maknanya, jika prospek anda tak tahu mengenainya. Jika mereka tak perasan post anda bagaimana mereka nak tahu kan. Jadi, Perkara PERTAMA yang anda wajib setelkan terlebih dahulu adalah curi PERHATIAN prospek. Musuh utama anda, bukan pesaing anda. Musuh utama anda, adalah gangguan PERHATIAN yang berlaku di sekeliling prospek anda.

Video kelakar dalam facebook, mencuri perhatian mereka. Anak mereka menangis, mencuri perhatian mereka. Orang yang lalu lalang mencuri perhatian mereka. Apakah caranya anda nak buat mereka sedar dalam keadaan bising dan banyak gangguan? Perhatian mereka, boleh dicuri dengan menggunakan tajuk atau headline yang power serta mencuri PERHATIAN. Contohlah, anda tak baca semua artikel dalam surat khabar. Tapi tajuk berita yang menarik menentukan anda pilih artikel mana yang patut dibaca. Selak punya selak nampak tajuk yang menonjol dari yang lain kan.

Anda tidak beli semua majalah di kedai mamak, tapi tajuk headline di cover depan membantu anda buat keputusan untuk membeli atau tidak. Tajuk adalah kunci penting untuk curi PERHATIAN. Apa yang anda tunggu? Anda perlu curi perhatian prospek dan pelanggan anda SEKARANG, bukan tahun depan.

Klik sini —> Anda wajib tahu Cara Mencuri PERHATIAN prospek ini, sekarang!

Hits: 5

This entry was posted in iklan online and tagged , , by Azam Mohd. Bookmark the permalink.

About Azam Mohd

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

8 thoughts on “Al-kisah penjual online kaya raya rupanya seorang pencuri yang sangat licik!

  1. Hebat betul kisah pencuri tu . Hanya yang hebat sahaja yang boleh menguasai pasaran dan persaingan..

  2. kalau pelanggan anda jantina berlawanan, anda boleh curi hati mereka sekali kalau mereka masih bujang 🙂

  3. Patutla penjual online kaya raya kan? Tajuknya tu mencuri perhatian la…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge