Al-Quran Waqaf dan Ibtida’ (Saiz Besar) pertama di dunia

ALANGKAH baiknya jika terdapat sebuah al-Quran yang dapat memberi panduan untuk seseorang itu memberhentikan bacaan (wakaf) dan memulakan bacaan (ibtida’) pada ayat-ayat yang panjang yang tidak terdapat tanda-tanda wakaf.

Itulah luahan rasa yang menjadi cetusan idea pensyarah Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Abd. Rauf Hassan lewat solat Subuh, kira-kira tiga tahun lalu.

Malah ilham itulah yang telah membawa kepada terhasilnya Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf dan Ibtida’ yang dijangka berada di pasaran awal Julai ini.

Uniknya lagi, Al-Quran al-Karim dengan Panduan Waqaf dan Ibtida’ itu juga merupakan al-Quran yang pertama diterbitkan di Malaysia malah ia merupakan al-Quran yang pertama seumpamanya di dunia.

Al-Quran Waqaf dan Ibtida’, Telaga BiruAl-Quran Waqaf dan Ibtida –   Judul : Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf & Ibtida Penerbit : Telaga Biru Sdn  Bhd Harga : RM75.

Baca lanjut di: bukuonline2u.com

Hits: 18

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge