Alang-alang promosi produk biar ayat iklan power berkesan tarik perhatian pelanggan

Bila buat iklan kita mesti jelas supaya pelanggan pun jelas.

Masalah iklan ialah apabila kita tak jelas.

Bila kita sendiri tak jelas, iklan akan jadi celaru.

Bila iklan tak betul, pelanggan buat dek je.

Kenapa jadi begitu?

Sesetengah penjual dia hanya tahu nak jual je (nak duitlah tu).

Tidak salah berniaga nak untung tapi apa benefit yang pelanggan dapat itulah perkara pokok yang patut difikir terlebih dulu sebelum menjual.

Kerana apabila kita fikir apa benefit yang pelanggan boleh dapat bila dia beli produk kita maka secara tidak sedar bahawa kita kenal siapa sebenarnya pelanggan kita.

Kenal pelanggan bermakna kita kenal siapa golongan sasaran yang patut kita iklan produk kepada mereka.

Dengan cara ini maka lebih mudah untuk kita buat ayat iklan yang berkesan yang mensasarkan kepada hanya golongan yang akan dapat menfaat dari produk kita.

PERHATIAN: JANGAN MENJUAL SEMUA PRODUK KEPADA SEMUA ORANG!

Bagaimana pula nak buat struktur ayat iklan produk?

Jawapannya ialah: PAS (Problem, Agitate, Solve).

Biar saya terangkan. Apabila membuat iklan, kita mesti masukkan komponen berikut:

  1. Problem – apa masalah pelanggan kita
  2. Agitate – besar-besarkan masalah pelanggan agar ia nampak penting dan urgent
  3. Solve – beri penyelesaian kepada masalah pelanggan

Berdasarkan tiga aspek ini, kita boleh kembangkan iklan kita menjadi panjang atau pendek ringkas bergantung kepada keperluan, yang penting mesej perlu sampai kepada golongan sasaran iaitu pelanggan yang benar-benar sangat perlukan produk yang kita jual.

Perlu lebih info?

Hits: 14

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge