Allah tak suka kita putus asa namun teruslah berusaha sehingga berjaya

Anda sedang berduka?

Saya nak hiburkan anda dengan satu kisah Nabi Yunus agar kita sama-sama ambil ibrah dan pengajaran bersama.

Al-kisah Nabi Yunus diutus oleh Allah swt untuk menyampaikan risalah kepada seramai lebih kurang 100,000 umat.

Setelah usaha yang dijalankan, Nabi Yunus mendapati umat ini tidak mahu menerima ajaran yang beliau bawa sebagai utusan dari Allah swt.

Sepertimana yang kita tahu inilah kisah biasa Nabi-nabi terdahulu. Mereka diutus untuk membawa pengajaran namun kebanyakan mereka ditolak dan hanya sedikit yang mahu menerima.

Ini semua adalah ujian belaka. Ujian kepada umat itu sendiri samada mahu menerima kebenaran dan ujian juga kepada para Nabi untuk melihat tahap kesabaran mereka.

BACA:  Tips Blogging - Hati Bahagia Ialah Mulakan Tiap Hari Dengan Tanam Niat Murni Tulis Untuk Manfaat Pembaca

Berbalik kepada kisah Nabi Yunus ini tadi, beliau berasa agak kecewa dengan sikap umatnya dan berasa hampir putus asa lalu meninggalkan umatnya dan menuju ke satu tempat lain dengan menaiki kapal.

Sebenarnya Allah swt murka dengan sikap Nabi Yunus kerana meninggalkan umatnya. Pada pandangan Allah swt, Nabi Yunus mesti perlu meneruskan dakwah seperti biasa. Samada umatnya terima pengajaran adalah urusan Allah swt semata-mata. Tugas Nabi adalah meneruskan dakwah.

Tentu anda pernah dengar Nabi Yunus menaiki kapal namun keadaan cuaca menyebabkan beliau telah diundi dibuang ke dalam laut lalu beliau ditelan oleh seekor ikan paus.

BACA:  Ramadan hadirmu anugerah dari Sang Maha Rahman

Ini adalah ketentuan Allah swt belaka yang mahukan Nabi Yunus kembali ke pangkal jalan dan balik kepada umatnya untuk meneruskan dakwah tanpa putus asa.

Meninggalkan perjuangan merupakan sikap yang tidak disukai oleh Allah swt.

Dalam hal ini Nabi Yunus merupakan seorang yang taat dan mengucapkan taubat mengaku kesalahan beliau serta kembali kepada umatnya.

Mengambil pengajaran akan hal ini, kita sebagai manusia di bumi Allah swt setiap hari menghadapai pelbagai dugaan dan cabaran serta tugasan.

Begitulah juga, kita ini sepatutnya terus berusaha dan gagah menghadap apa jua yang datang. jangan kita lari dari masalah. Teruslah hadapi dengan kesabaran. Mohon pertolongan dariNya.

BACA:  Benarkah kita perlu redha hidup miskin macam Nabi s.a.w?

Itulah mesej yang ingin saya sampaikan.

BILA RAMAI FOLLOWER IKUT, LEBIH RAMAI ORANG NAMPAK PRODUK ANDA DI FB!

NAK TARIK LEBIH RAMAI FOLLOWER AGAR LIKES DAN KOMEN POST PRODUK ANDA?

>> DOWNLOAD CONTOH AYAT POSTING PRODUK MENARIK PERHATIAN ORANG! <<

Teruskan usaha, itulah tugas kita. Allah swt jua yang akan memakbulkan usaha kita. Mohon padaNya. In shaa Allah kita pasti dibantu. Mohonlah dengan kerap. Sekerap yang mungkin.

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: