Anak pokok hibrid sama ke dengan anak pokok kahwin baji

Ramai yang salah guna istilah hibrid samada orang yang nak beli anak pokok termasuk juga orang yang menjual anak pokok.

Bila penjual anak pokok pun tak tahu atau salah guna istilah hibrid jadi semua orang akan terkeliru.

Tanaman hybrid atau hibrid adalah hasil daripada pendebungaan silang antara dua varieti tumbuhan yang berlainan. Benih daripada proses itu diambil dan ditanam. Tumbuhan yang tumbuh daripada hasil benih pendebungaan silang itu dikatakan hibrid.

Manakala cantuman pokok atau yang biasa dikatakan oleh kita sebagai kahwin pokok merupakan satu aktiviti pertanian bagi mencantumkan pokok bunga atau buah-buahan daripada variety yang dikehendaki kepada pokok penanti.

Teknik kaedah cantuman pula ada banyak jenisnya iaitu antaranya wedge grafting (cantuman baji), vaneer grafting (cantuman sisi), cantuman anak tunas dan lain-lain.

Memandangkan cantuman kahwin baji dibuat secara tegak dan bukan sisi maka nampak macam hibrid yang ditanam dari anak benih tapi sebenarnya bukan.

Anak pokok kahwin baji pun boleh di claim sebagai anak pokok hibrid hanya sebab kononnya ada dua sifat dalam satu pokok.

Mungkin dari segi kombinasi dua pokok dalam satu induk itu betul. Tapi hibrid dan kahwin baji ini adalah merujuk kepada teknik bagaimana ia dilakukan. Ia merupakan istilah teknikal dan salah guna istilah akan mengelirukan pembeli atau senang kata pembeli akan tertipu.

Jadi behati hati bila guna istilah anak pokok hibrid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge