Apa aku buat ni?

Tak tau samada anda biasa buat ni.

Adakalanya saya akan tanya diri sendiri soalan ni.

Kita semua perlu buat persediaan.

Semakin awal kita bersedia lebih banyak yang kita akan dapat kemudian.

Ibarat melabur dalam saham amanah.

Siapa yang menabung dari kecik memang bila dah tua nanti memang lumayanlah dividen yang menunggu.

Sebab itu kena tanya diri apa yang kita buat patut buat hari ini supaya kita boleh raih hasil yang lumayan d kemudian hari.

Hari-hari yang berlalu tanpa sumbangan terasa ruginya hidup.

Sebagai individu kita boleh je sebarkan nasihat.

Sekarang dah ada fesbuk boleh post nasihat.

Bayangkan jika ada orang yang baca dan amalkan nasihat kita tu berapa banyak saham yang kita akan dapat.

Kadang bukan nasihat kita pun, share je kan.

Itupun dah besar ganjarannya dibanding jika tak buat apa-apa langsung kan.

Sebagai blogger, tulis artikel yang bermanfaat agar orang boleh praktik dan pahalanya akan masuk ke kocek kita.

Amacam? Mudah kan.

Jadi jangan buang masa, boleh browse internet masuk sana masuk sini tapi jangan lupa sampaikan walau satu ayat.

Anda takkan menyesal dikemudian hari!

Hits: 0

This entry was posted in tips and tagged by Azam Mohd. Bookmark the permalink.

About Azam Mohd

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge