copywriting ayat power

Apa ayat iklan copywriting nak guna untuk promosi produk bisnes 2021?

9 / 100

Tak semua orang gifted bila menulis apalagi menulis iklan bisnes atau ayat copywriting bila nak promosi produk.

Dan orang yang pandai buat ayat copywriting ni pun rupanya dah pergi training. Tak semudah itu nak mengarang ayat copywriting ni melainkan memang berbakat. Jadi jangan heran jika korang terpinga-pinga dan terkial-kial bila excited nak jual produk tapi tak boleh nak buat ayat copywriting.

Cerita pasal bisnes online pula dengar kata orang memang mudah tapi jangan ambil mudah sebab nak bisnes online kena ada kemahiran menulis ayat untuk promosikan produk di media sosial. Bisnes online tak sama macam bisnes pasar malam, longgok barang atas meja lepas tu teriak, jual jual jual. Barang depan mata pelanggan. 

Bisnes online tak sama dan tak nampak barang sebenar. Hanya boleh tunjuk gambar dan tulis teks untuk ceritakan hal berkaitan produk yang dijual.

Baca:  Skrip ayat yang power adalah ayat yang mampu membuatkan prospek tak senang duduk

Kita boleh tengok berapa punya banyak ayat iklan di fb grup yang seller buat untuk jual pelbagai produk tapi respon kebanyakannya suam suam kuku. Namun at least mereka dah cuba tapi bagaimana pula jika kita baru nak mula, memang agak sukar nak keluar idea nak tulis ayat.

Perlukan pengalaman dan lama lama praktis baru jadi kemahiran atau skill. So nak bisnes online bukan setakat ada produk je tapi kena tahu nak menjual dan nak offer produk kepada pelanggan.

Jika ada dua seller yang menjual barang yang sama contohnya minyak wangi, orang yang guna contoh ayat iklan minyak wangi yang menarik dengan membayangkan tarikan, bau, keselesaan, kesegaran minyak wangi akan punya kelebihan dan akan lebih mudah menarik perhatian berbanding seller yang hanya post gambar produk minyak wangi sambil mengharap orang akan membeli.

Baca:  Soft Selling Kaedah Trending Mengiklankan Perniagaan di Facebook

Untuk dapatkan skill copywriting ada 4 cara. Samada kita belajar sendiri dengan tengok contoh ayat seller lain, pergi training copywriting, upah copywriter atau guna software/robot copywriting. Satu lagi skill yang ramai orang belum tahu, iaitu dengan kuasai formula menulis copywriting yang menarik ni juga akan bantu anda buat ayat copywriting jadi lebih mudah.

Anda perlu ketahui formula tulis ayat iklan copywriting bagi membantu anda mengarang ayat jualan secara langkah demi langkah untuk menjual di media sosial dan tunjukkan anda bagaimana untuk membuat post iklan yang mampu menarik perhatian follower-follower anda untuk membeli.

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> MUAT TURUN CONTOH AYAT COPYWRITING PERCUMA <<

 

 

Hits: 5972

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge