Apa itu affiliate?

Affiliate program juga adalah satu program pembangunan pemasaran yang dilakukan oleh pihak ketiga atau syarikat itu sendiri. Ia memberi satu ruang untuk pemilik web atau usahawan bebas mempromosi produk atau perkhidmatan tertentu. Sebagai pertukaran, Syarikat atau entiti perniagaan terbabit akan menyediakan wang komisen pada setiap jualan. Affiliate yang terbaik kebanyakkannya akan memberi anda komisen apabila mereka memperolehi sebarang jualan dari pakej dan tawaran promosi yang diberikan.

Sebelum anda memilih untuk memulakan atau mempromosi perniagaan affiliate anda harus memilih apakah produk affiliate yang anda promosi, tinggi atau tidak peluang untuk perniagaan anda berkembang, dan bagaimana struktur perniagaan dari segi komisen dan bagaimana anda boleh meyakini perniagaan ini mampu untuk bertahan lama dan yang paling penting adakah mereka membayar affiliate mereka komisen yang dijanjikan.

Program affiliate pada ringkasnya adalah menjual produk atau perkhidmatan pihak ketiga menggunakan rangkaian internet. Program-program affiliate yang berada dipasaran kini kebanyakannya menjual E-Book seperti di clickbank.com, namun terdapat juga yang menjual produk seperti fashion contohnya www.lazada.com

Klik sini —> Tips promosi affiliate

About Azam Mohd

Penulis merupakan blogger sambilan menulis tips untuk memberi motivasi diri kepada para pengunjung supaya dapat merasa erti hidup dari yang biasa-biasa kepada yang luarbiasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge