Asas pemasaran online adalah melalui penulisan berpengaruh

First impression itu sangat penting.

Bayangkan sewaktu proses temuduga, calon dan penemuduga tidak kenal satu sama lain dan penilaian pertama dibuat adalah semasa calon mengetuk pintu dan masuk dengan penampilan yang dibawanya.

Begitu juga semasa proses penjualan secara online dimana buyer dan seller adalah saling tidak mengenali.

Jadi bagaimana buyer tersebut nak percaya kepada seller sebelum membeli.

Bagaimana seller mahu membuatkan buyer konfiden atas produk yang dijual.

Dalam dunia offline, perniagaan ada kedai, gerai, booth dan sebagainya.

Bisnes online pula kadangkala hanya dibuat dari rumah sahaja.

Oleh itu senjata asas yang digunakan dalam bisnes online ialah penulisan.

Jika ada gambar sahaja pun tapi tiada penerangan dalam bentuk tulisan ianya pasti akan penyusahkan.

Penulisan digunakan untuk pengenalan seller, jenis-jenis produk yang dijual, keterangan produk, manfaat produk dan sebagainya.

Lagi mantap penulisan yang dipaparkan akan menaikkan keyakinan pelanggan terhadap seller.

Oleh itu adalah penting dalam pemasaran online untuk menekankan pemberian info secukupnya kepada pelanggan dan bukan hanya nak jual produk sahaja.

Latarbelakang bisnes, latarbelakang anda sendiri sebagai peniaga dan info info tambahan lain boleh menyokong membantu menambah keyakinan pelanggan untuk membeli dari anda.

Lihatlah apa sahaja medium pemasaran online samada facebook, website, blog, instagram – penulisan memainkan peranan penting dalam pemasaran.

Walaubagaimanpun, penulisan memerlukan kreativiti dan kesungguhan untuk hasilkan artikel atau paragraf atau ayat yang menarik.

Peniaga perlu pandai membuat karangan ayat untuk menarik pembaca.

Kemudian karangan ini peniaga boleh gunakan di pelbagai medium pemasaran online dimana ianya mestilah unik dan ditulis sendiri oleh peniaga bagi menampakkan authenticity dan integriti peniaga.

Teknik penulisan ini boleh dipelajari, dibuat latihan, diamalkan secara konsisten yang mana akhirnya peniaga akan mahir dan skill ini melekat di kepala dan lancar ditulis oleh tangan.

In shaa Allah.

Baca: Teknik penulisan berpengaruh

Hits: 6

This entry was posted in cara promosi and tagged , by Azam Mohd. Bookmark the permalink.

About Azam Mohd

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge