About Azam Mohd

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

5 Teknik Bina Ayat Menjual

Antara masalah utama penulisan ayat iklan ialah mental block tak ada idea bagaimana nak mula. Oleh itu, kat sini dikongsikan teknik-teknik dan trik yang boleh digunakan untuk mencipta ayat iklan dan mengasah skill copywriting.

Untuk dapatkan skill bina ayat menjual ada 5 cara:

  1. belajar sendiri dengan tengok contoh ayat seller lain
  2. pergi kelas atau bengkel training copywriting
  3. upah copywriter
  4. guna software/robot copywriting
  5. satu lagi skill yang ramai orang belum tahu, iaitu dengan kuasai formula menulis copywriting yang menarik ni juga akan bantu anda buat ayat copywriting jadi lebih mudah

Jika anda masih belum dapat bina ayat menjual, dikongsikan formula bina ayat menjual yang akan membuka minda dan memberi idea penulisan ayat-ayat promosi dengan mudah.

Dengan guna formula ini, anda hanya perlu ikut arahan yang diberi dan secara otomatik, idea membuat ayat akan muncul.

Formula ini bukanlah setakat nak bina ayat menjual semata-mata tetapi dedahkan strategi mengarang ayat yang memukau dengan sentuh emosi pelanggan.

Dengan cara ini ayat menjual yang di tulis adalah lebih fokus kepada pelanggan yang di target sahaja dan bukan di tujukan kepada semua orang.

Hits: 3

Kenapa Hidup Rasa Tak Best Dan Tak Seronok?

Maaf ganggu. Di hujung minggu ni nak kongsi sikit tips motivasi santai buat pengetahuan semua yang membaca blog ini. Masa gini je kot ada lapang sikit nak membaca kan.
Time lain mesti busy.

Tips ini sebenarnya dari Prof Muhaya sewaktu beliau bersiaran di radio IKIM baru-baru ni.

Hidup berasa tersekat-sekat dan kurang lancar berpunca dari 5 password kehidupan dibawah yang diabaikan dalam amal seharian samada sewaktu berdiri, duduk dan walau baring sekalipun. Password ini dipanggil sebegitu kerana ia merupakan sebenarnya zikir dan ia ibarat kunci yang membuka pintu rezeki yang tertutup.

Bila tak amalkan 5 password inilah yang akan menyekat kehidupan (termasuk perniagaan) dan kebahagiaan sekeluarga sebabkan kita selalu berasa stress.

Apakah 5 password tu dan faedah disebaliknya?

1-Bismillah – amalkan sekerap mungkin sebagai memohon barokah dari Allah swt bagi setiap aktiviti seharian

2-Alhamdulillah – syukur setiap kali terima rezeki walaupun secumit agar tetap kekal menerima dan agar Allah swt tambah lagi rezeki

3-Hasbunallah wanikmalwakil la hawlawala quwata illah billahil aliyyil azim – ucapkan banyak kali sekiranya terasa sesak dada menghadapi urusan seharian yang tak berapa nak lancar agar Allah swt turunkan bantuan penyelesaian dan mudahkan urusan tersebut dengan segera

4-Selawat – ucapkan berkali-kali untuk harapkan kebaikan dalam semua urusan dan agar Allah swt jauhkan dari segala kesulitan

5-Astaghfirullah – beristighfar dengan kerap jika teringat dosa-dosa sendiri mohon agar Allah swt ampunkan kita sebab kerana dosa-dosa kita sendirilah sebabkan rezeki kita tersekat jadi jangan sekali lup jika nak Allah swt tambah rezeki non stop

Dah dapat kan?

Hits: 39

Kempiskan Perut Buncit Agar Badan Besar Anda Tampak Lebih Sihat

Sebelum ini perut saya sangat buncit. Buat kerja harian pun cepat letih dan mengah sebab badan besar. Dah habis ratusan ringgit cuba macam-macam produk tapi berat tak turun turun jugak. Malah badan makin naik gemuk. Perut makin buncit pulak.

Tapi selepas kenal losyen kurus sejuk SC, sapu 2 kali sehari berat badan turun cepat! 2 minggu pakai dah turun macam ni. Nak tau turun berapa? Turun 15kg you! Saya dapat kurus cepat macam ni sebab SC Slimming Consultant ada bagi satu teknik sapu losyen untuk lagi cepat berkesan tau. Memang menjadi!

Itu adalah testimoni dari Puan Atie. Berikut adalah testimoni dari Puan Akmal pulak.

Lihatlah muka saya yang tembam dan dah runcing. Dulu bermacam macam krim kurus yang saya gunakan tapi tak habis sebotol saya tinggalkan. Mana taknya? Tak tahan panas panas ni! Cuba berdiet pun cukup susah nak turunkan berat badan ni. Sampai tension dibuatnya. Mungkin dah jodoh, bertemu pula dengan losyen SC. Bila disapu macam tak percaya rasa sejuukk cangat. Dalam hati tertanya tanya juga bolehkah losyen kurus sejuk bakar lemak ni?

Diet macam biasa sahaja. Tak ketat sangat macam dulu dulu tapi saya tak ambil makanan manis dan banyak minum air putih. Tak sangka selepas tiga minggu berat  badan turun 3kg! Macam nak pengsan tengok jarum penimbang tu. Ingat senang nak turun berat badan sebanyak itu dalam masa yang agak singkat? Alhamdulillah syukur. Kini saya lebih berkeyakinan. Dengan SC tiada yang mustahil. Sekarang saya dah turun sebanyak 17kg!

Tuan Ijam pula mengadu masalah perut boroi dan buncit. Selepas lapan hari sapu SC, perut semakin susut. Perut makin kempis. Dia tak sangka cepat losyen ini bertindak balas. Nampak Tuan Ijam lebih mantap dan sado banding dengan dulu.

Hits: 18