Tips karang ayat-ayat menarik pelanggan bila buat jualan kuih raya

Memang diakui sangat sukar untuk mengarang ayat-ayat menarik pelanggan bila nak buat jualan terutamanya bagi yang baru nak mula kecuali bagi seller yang kreatif secara semulajadi.

Tapi tak pulak boleh dijadikan satu alasan tak tahu nak karang ayat jualan ni kerana jika anda menjual online ia dah jadi macam satu syarat yang utama melainkan status post fb anda akan lengang tanpa like, komen dan share. Produk kuih raya pulak tak terjual.

Bagi seller selebriti atau influencer sudah tidak menjadi masalah sebab sudah ada ramai follower yang usha tiap kali post baru keluar. Bagi seller yang bukan selebriti tapi ramai kawan dan follower yang aktif, mereka ni la yang akan tolong viralkan post-post baru.

Mahu tak mahu untuk viralkan post kuih raya anda mesti buat perkara berikut bagi mengelakkan post tu tenggelam:

  1. Gunakan profile atau page selebriti, influencer atau figura popular dikenali ramai follower, upah mereka untuk iklankan post kuih raya anda.
  2. Masuk fb group yang aktif dan banyak respon like, komen dan share samada fb group iklan atau fb group komuniti – kadang nak post kat situ ada yang free dan berbayar.
  3. Jika nak post ke profile atau page biasa tak lain tak bukan kena pasang iklan fb ads.
  4. Letak ayat copywriting viral yang proven samada di profile sendiri, page atau group tapi make sure guna ayat yang bukan biasa-biasa tapi tempek ayat story selling yang betul-betul menarik untuk dibaca sampai menjadikan pembaca seronok, terhibur dan kemudian mereka share pula dengan kawan-kawan kerana nak kongsikan cerita tu. Post yang dalam bentuk cerita menarik tu mungkin dalam bentuk kisah kehidupan yang mengujakan atau menyayat hati, mungkin juga cerita lawak yang buat orang pecah perut, atau kisah tergezut yang tak disangka tujuannya nak bangkitkan excitement pembaca. Cuma jangan lupa pula cerita tu mesti di kaitkan dengan produk atau servis yang nak di offer dan di akhir cerita mesti diletakkan no wasap anda (call to action) kalau tak jadi sekadar cerita kosong je dan takde faedah pada seller.

Kesimpulannya, jika anda mahu orang baca post kuih raya tu di sarankan supaya anda karang dulu satu plot yang menarik yang boleh mencuit hati pembaca bak iklan raya petronas. Lebih kurang gitu maksud menarik dan mencuit hati atau menyentuh perasaan buat pembaca teruja dan kongsikan dengan kawan-kawan. Ingat kembali kisah lama-lama zaman kecik-kecik dulu mesti ada tak kisah la samada kisah nostalgia atau kisah lawak kuih raya kemudian cuba karang dan kaitkan dengan kuih raya yang anda nak jual tu. Ok, dapat kan?

Dapatkan contoh ayat menarik pelanggan untuk promosi produk secara PERCUMA bagi membantu anda mengarang ayat jualan untuk menjual di media sosial.

Download Percuma: 4 Skrip Ini Berkesan Hasilkan Ayat Iklan Yang Menjual

Hits: 678

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge