bisnes internet

Ayat promosi jual produk yang simple tapi power

Sharing is caring

Saya percaya masih ramai yang masih berasa kekok untuk berniaga. Ini adalah kerana berniaga bukannya darah daging kita dan ia bukan juga budaya kita. Alangkah ruginya bagi mereka yang masih merasakan orang berniaga hanya kerana nakkan duit semata-mata.

Berniaga ini macam satu seni. Ia juga seperti satu teknik survival. Bagi yang buta sunnah, berniaga adalah salah satu amalan yang di anjurkan oleh Nabi s.a.w. Jika anda sudah berkerjaya ianya wajar di jadikan suatu hobi. Orang berniaga bukan semata-mata kerana tiada duit. Malah jika anda tiada duit pun tetapi anda tidak suka berniaga ini pun tidak akan menjadi.

Saya suka berkata bahawa berniaga ini satu hobi. Satu perkara yang menjadi kegemaran jika di amalkan tidak akan berasa penat samada ianya memberikan pulangan dalam masa yang lambat. Ia tetap diteruskan sehingga targetnya dapat di capai. Biarlah berniaga kerana ingin berkhidmat kepada masyarakat.

Baca:  Nak buat ayat iklan pemasaran facebook mesti faham kehendak pelanggan terlebih dahulu

Berniaga di kedai di bandingkan berniaga secara dalam talian juga berbeza. Bagi anda yang tak suka berniaga di kedai malu katanya. Tak suka berhadapan secara terus dengan pelanggan, perlu sewa kedai, dan perlu berada di kedai sepanjang masa. Tidak ada alasan lagi kini berniaga boleh di jalankan secara online samada melalui blog, facebook atau pun lain-lain.

Berniaga secara online perlu kepada anda untuk hasilkan tulisan-tulisan yang menarik, menyentuh, mendalami, memahami perasaan pelanggan dan sebagainya. Jadi anda perlu mahir dengan ilmu penulisan jika nak bergiat serius dalam perniagaan secara online. Ilmu pengiklanan secara penulisan ini dalam bahasa inggeris di panggil copywriting.

Baca:  Nak bisnes tapi tak ada modal besar ?

Anda boleh ada produk yang superb, excellent dan bravo tapi ia perlu di gandingkan dengan penulisan iklan yang hebat dan wow. Jangan ikut orang lain buat iklan produk dengan cara membuta tuli dan spam di sana sini. Memang tampak tidak profesional. Biarlah promosi yang anda buat mantap, steady dan meyakinkan! In shaa Allah orang suka.

Anda boleh dapatkan rujukan untuk hasilkan ayat promosi yang simple tapi power  supaya perniagaan anda sentiasa orang percaya dan hormati.

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH AYAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 18

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge

2 Comments on “Ayat promosi jual produk yang simple tapi power”

  • Good sharing. Thanks 🙂

  • Nurul Aini; sama-sama moga dapat manfaat bersama.