8 Contoh Ayat Untuk Menarik Perhatian Orang

Ayat menarik orang untuk membaca tapi ayat untuk menarik perhatian orang ni memang susah nak tulis kalau dah buntu. Sebenarnya banyak je cara nak tarik perhatian. Kalau nak share kat sini kita boleh senaraikan. Sebelum tu kita kena tahu tujuan kenapa nak tarik attention orang? Ok set minda bahawa tujuan kita adalah untuk tarik orang beri tumpuan kepada apa yang kita sampaikan agar logarithm Facebook atau apa jua media yang kita gunakan akan menjadi sedikit sibuk. Dengan kata lain kita mahu tarik trafik atau ramai orang datang ke media yang kita guna untuk buat promosi.

Ayat kelakar

Salah satu cara nak buat orang sedar tentang kehadiran kita adalah dengan share joke. Boleh je kongsi klasik joke atau kisah yang telah berlaku pada diri sendiri.

BACA:  Tukar perkataan jadi duit

Teka teki

Teka teki menarik orang untuk cuba menjawab apa yang dipersoalkan dalam teka teki tersebut.

Kontroversi

Seeloknya di elakkan tapi jika nak buat juga pilihlah kontroversi yang biasa je. Contoh – laksa johor dengan laksa penang mana yang lebih aku suka. Kontroversi luar biasa contoh – antivaksin, jangan dicuba ye nanti mencari gaduh je.

Motivasi

Dalam keadaan pandemik, kata-kata pemberi semangat tentunya di alu-alukan dan di tunggu-tunggu. Post la sebanyak mana pun memang takkan jemu. Elok sangat post kata motivasi ni pada awal pagi.

Doa

Macam motivasi juga. Jika ada yang share doa ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Boleh jer terus baca dan amin kan, dapat pahala semua orang.

Tips

Terlalu banyak tips yang boleh di kongsi dan boleh jadi viral sebab manfaat yang kita kongsikan. Tak perlu komplikated. Tips bersihkan rumah – step by step. Tips cuci toilet yang banyak lumut. Tips baiki sinki sumbat. Tips servis water filter sendiri. Tips berkebun di rumah. Tips tanam cili. Tips tanam anggur huh memang tak terkira banyaknya terpulang aje pada kita bagaimana nak olah. Tulis yang kita tahu lebih natural walaupun biasa-biasa sahaja. Kalau tak suka travel jangan tulis tips travel. Tulis je tips duduk rumah pun banyak aktiviti yang boleh dibuat.

BACA:  Strategi ayat softselling ialah menjual dengan tanpa menjual

Resepi

Fewwitt, bonus bagi yang suka masak share jer resepi kat Facebook pasti orang suka walaupun masak cekodok sekalipun. Ada aku kesah! Orang nak baca la. Lepas tu nak try masak. Cuba la resepi cekodok pisang cheese. Belum pernah orang buat lagi bagus.

Emosi

Ayat emosi pun boleh juga dibuat posting sekali sekala. Seeloknya janganlah emosi negatif melainkan emosi yang positif selalu. Untuk mengetahui content sharing di FB yang boleh engage audien dengan berkesan buat posting ayat tarik pelanggan / crowd boleh la tengok ayat emosi viral ni.

BACA:  Cara Tulis Ayat Promote Yang Power

Jadi berapa banyak lagi yang boleh menarik perhatian orang memang tak terjangkau dek akal. Jadi apa yang perlu kita buat adalah buat senarai dan jadikan dia sebagai rujukan waktu idea tak berapa nak menimbul. Bila dah ramai yang suka, like tu what’s next is buat la posting promosi apa jua produk kita.

Boleh selang selikan posting ayat menarik perhatian orang lepas tu posting buat promosi produk.

Macam tulah, boleh kan.

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: