Baca Contoh Ayat Jual Tudung Ni Lepastu Sila Copy dan Paste Je

Sharing is caring

Sape jual tudung kat sini?

Nah ni ambil ayat jual tudung power satu …. tengok contoh kat bawah (sasaran pelanggan – cikgu). Dah tentu-tentu kalau lain pelanggan lain pula ayatnya. Dan jika boleh pelbagaikan ayat ikut jenis tudung yang di jual pula. Ayat jual tudung bawal lain. Ayat jual tudung labuh lain. Begitulah. Boleh guna template asas yang sama tapi bila berubah target pelanggan maka ubahlah sedikit ayat tu.
————-


Ini Lya, seorang cikgu… dan, Lya sedang dalam dilema yang sangat teruk.

Kenapa ya.

Macam ni, Lya selalu online Gmeet dengan murid-murid kelas.

Masalahnya murid dia selalu tegur, “Cikgu, harini saya nampak macam tudung yang cikgu pakai semalam je…”

Kadang bila dah bagitau hari ni tudung lain semalam tudung lain, murid pulak mintak maaf, “Cikgu, maaf ye sebab saya tengok design tudung cikgu lebih kurang sama je”.

BACA:  Nak buat iklan kat Facebook tapi tak pandai nak tulis?!

Lya malu tapi cuba jugak senyum-senyum kelat. Tabahkan ajer. Sebenarnya dia nak bergaya tapi tau je lah time Covid ni malas nak keluar cari tudung.

Dahla pilihan warna terhad, asik abis stok lagi nak kena jelajah 77 kedai baru nak jumpa yang berkenan.

Mujur ada Butik Tudung Niloapa. Boleh beli online. Wow! Teruja betul dengan stok yang ada. Bukan main banyak pilihan dia warna dan design.
Lain kali tak payah nak cari kat tempat lain.

Anda pun masih tercari-cari tudung untuk buat stok tukar-tukar waktu mengajar?


————-
Ok. Tamat. Macamana? Nak tak tulis ayat jual tudung cam kat atas?

Untuk boleh ke nak tulis laju macam air mengalir 🙂 kita kena banyak idea. Untuk nak ke banyak idea kita kena berguru dengan banyak penulis copywriting sebab setiap guru cara mereka tulis berbeza. Kreativiti pelbagai. Seeloknya kita pun belajar dan raikan kepelbagaian ini. Tak ada satu mazhab copywriting yang betul melainkan semuanya betul. Tak ada yang salah jadi belajar dan cuba try test .

BACA:  Mula menjual dengan belajar copywriting

Tak rugi apa pun. Banyak ilmu dapat.

Serius mahu mahirkan diri dengan penulisan ayat promosi produk? Orang jemu asik baca cara tulisan yang sama. Lama-lama jadi boring. Kadangkala tu tulislah sesuatu dengan cara yang baru. Mesejnya mungkin sama tapi presentation tulisan tu twist sikit. Baru ada kelainan. Sesuatu yang baru setiap kali posting.

Barulah orang tertarik nak baca. Faham ke faham?

MAHU AYAT PROMOSI YANG MENARIK UNTUK MENJUAL?

DAH SAH-SAH NAK MENIAGA DI FACEBOOK GUNA LAH AYAT PROMOSI YANG MAMPU MEMIKAT PELANGGAN BARU LAH ORANG AKAN TERTARIK

BERMINAT NAK TAHU AYAT MENARIK UNTUK MENJUAL DI FACEBOOK?

>> PERCUMA JER DAPATKAN TEMPLATE AYAT JUALAN YANG MENARIK UNTUK BUAT PROMOSI DI FACEBOOK! <<

Hits: 1280

Leave a Comment

CommentLuv badge