Bagaimana nak add friend facebook setelah anda kena block

Seumur hidup saya belum pernah kena block dengan fb sehingga tiba-tiba satu hari saya terjumpa satu ebook lama yang ceritakan teknik bagaimana nak mulakan bisnes dengan cepat. Caranya ialah dengan menambah ramai friend sebagai prospek kita secara bulk dengan menjemput mereka menjadi friend kita. Pada mulanya ok je ramai yang setuju tapi pada masa yang sama ramai juga yang ignore jemputan tu dan mungkin ada yang report ke fb tapi saya tak pasti.

Cuma bila satu hari tu saya cuba mesej seseorang yang bukan friend tiba tiba pop up fb keluar dan menyatakan bahawa saya sedang di blok selama 14 hari saya jadi terkejut. Sehinggalah hari hari berikutnya adakalaanya fb mengancam mahu tutup akaun saya. Tengok gaya begini mungkin saya takkan add friend lagi mana tahu tiba-tiba esok akaun saya hilang begitu sahaja kan.

Setahu saya fb ni tempat nak berkawan dan kita di galakkan menambahkan networking tapi mesej dari fb lain pula dimana fb hanya benarkan kita add friend yang kita betul-betul kenal di alam nyata. Selain itu jika hanya dibenarkan add orang yang terdekat saudara mara yang kita kenal sahaja. Memang agak pelik mesej fb kali ini. Jika difikir betul betul memang sukar bagi mereka yang nak memulakan bisnes di fb jika masih baru. Siapa nak jadi friend anda? Tiada friend tiada prospek tiada bisnes.

Suatu hari sedang saya baca newsfeed tiba-tiba sekali imbas nampak status seseorang yang sedang terang terang mengaku dia sedang kena block dan minta semua orang add dia as friend. Dalam hati berkata ini sudah bagus idea ni. Jika tengok komen di bawah status tersebut semuanya bagitau dah add friend. Memang betul-betul kreatif idea ni. Jika kena block dan takboleh add friend kita mintalah orang lain add kita dan kita tinggal approve je. Memang bijak.

Cuma satu, banyak persoalan yang selalu bermain di kepala.

Nak ke orang add saya?

Apa yang saya ada?

Kenapa mesti orang nak add saya?

Apa yang membuatkan orang tertarik nak add saya?

Dan pelbagai lagi soalan negatif yang cuba menggagalkan saya?

Tapi akhirnya saya berjaya tepis semua tu dan jumpa jawapannya setelah membaca teknik nak add friend.

Kuncinya adalah dengan tawarkan sesuatu dan jika mereka mahukannya mereka perlu terlebih dahulu add anda sebagai friend.

Mudah kan?

Nak tawarkan apa?

Tawarkan sesuatu yang percuma. Contohnya bagi saya, akan tawarkan ebook percuma. Iaitu ebook percuma yang berkaitan hobi, bisnes, minat anda atau apa sahaja yang sesuai dengan niche yang sedang dibincangkan.

Jika mereka mahukan tawaran anda, letakkan syarat agar mereka add anda terlebih dahulu.

Nampak tak?

So, tawarkan sesuatu dengan percuma. Ada satu lagi kriteria yang penting. Siapa anda? Siapa anda di mata orang lain yang membaca newsfeed anda? Kadangkala betapa PERCUMA pun anda offer selagi orang tak kenal akan jadi agak susah juga.

Cadangan saya ialah bina trust dan kredibiliti anda dimata pembaca-pembaca newsfeed anda. Bagaimana? Tentulah dengan penulisan di wall anda akan menunjukkan keperibadian anda. Jangan sesuka update tanpa satu pun perkongsian yang mantap dan berguna.

Hits: 6

2 thoughts on “Bagaimana nak add friend facebook setelah anda kena block

  1. perkongsian yang menarik,sebab saya dah selalu kena block dgn fb selama 30 hari .lebih dari 3 kali saya kena.

  2. memang ramai yang kena block tapi masih tak tahu macam mana nak overcome taktik fb nih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge