Bagaimana caranya nak borong barang dari China?
Whoaaa! Memang berat ini (bagi yang tidak mengetahui). Sebab itu kita kena banyak belajar.
Sebenarnya saya pun tak tahu (pulak!) tapi saya sanggup belajar dan explore.
Jika tak sanggup belajar mesti kita tak fikir nak berniaga, betul kan.
Tinggal angan-angan cuma dalam mimpi.
Jangan susah hati sebab kini anda hanya perlu borong China secara online sahaja. Yang agak popular – Alibaba.com, Aliexpress.com dan ada satu lagi yang mungkin orang jarang dengar iaitu Taobao.com.
Sebenarnya semuanya bawah satu syarikat induk cuma ketiganya diujudkan untuk target market atau segmen yang berlainan mengikut saiz bisnes masing-masing.
Bagi yang mahu belajar saya nak tunjukkan satu contoh nak beli dari Aliexpress.com.
Contoh produk yang kita nak bawa masuk ialah Micro Touch iaitu alat untuk trim bulu-bulu sesuai untuk lelaki dan wanita. Alat ini sangat unik kerada sleek design mudah bagi kita untuk gunakan di posisi dan tempat yang terlindung dan sempit. Sesuai untuk kegunaan sendiri apatah lagi untuk menguruskan kebersihan dan kekemasan orang sakit.
Cuba lihat banner Micro Touch kat bawah ada 4 semuanya. Walaupun produk sama tapi supplier berbeza dan harga pun beza. Semuanya menjual di Aliexpress.com. Jadi sebagai pemborong anda punya kuasa untuk memilih mana yang akan memberikan harga terbaik untuk anda jual semula. Nak tahu harga market produk ini? Saya jumpa produk ini di Giant dijual dalam harga lebih kurang RM50.
Klik gambar dan cek harga
Klik gambar dan cek harga ini pula (dari supplier lain)
Yang ini lain pula harganya. Klik gambar untuk cek
Ni pun lain harganya
Jadi tugas anda jika nak borong ialah:
1. Cek harga mana termurah
Bagaimana nak Tukar USD —> RM (klik je)
2. Ada promosi harga diskaun tak?
3. Cek rekod supplier. Berapa % pelanggan puas hati
4. Tengok betul-betul berapa shipping fees dia
5. Jumlah harga keseluruhan termasuk pos, mana harga termurah
6. Bandingkan dengan harga market di Malaysia, adakah berbaloi untuk dijual disini
Mudah kan nak bisnes?
Itu Aliexpress.com anda boleh juga import guna Taobao.com jika tak suka Aliexpress.com atau Alibaba.com.
NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?
Hits: 1