tazkirah

Bagaimana nak hilangkan rasa sedih ?

Sharing is caring

Bagaimana nak hilangkan rasa sedih ?

Pertama kita perlu faham kenapa kita sedih.

Selalunya kita sedih sebab kita merasakan seperti kita ini seorang sahaja kat dunia ini.

Kita rasa sedih sebab kita fikir tiada orang nak tolong kita.

Kita rasa sedih sebab kita rasakan dunia sangat sempit dan menghimpit kita.

Kita rasa sedih sebab memikirkan masalah yang kita hadapi dirasakan sebesar bumi.

Dan yang paling tepat …

Kita rasa sedih sebab kita lupa pada Allah swt yang mengaturkan alam ini.

Allah swt adalah Tuhan sekalian alam tapi kita dah tak ingat pada Dia.

Sebab kekalutan kita dengan masalah yang sedang kita hadapi.

Baca:  6 tips elak hasutan Iblis Dasim agar rumahtangga aman tenteram

Bila kita rasa sedih ingatlah Allah swt.

Bagaimana?

Ingat je?

Macammana?

Salah satu tips yang saya tahu ialah dengan membaca Al Quran.

Khasnya surah yang patut dibaca ialah surah Al Rahman.

Mengapa ?

Dalam surah tersebut banyak diterangkan dengan nikmat Allah swt.

Bandingkan nikmat dengan masalah kecil yang kita sedang alami.

Kita akan rasa betapa kerdilnya masalah itu.

Dan betapa besarnya nikmat Allah swt.

Satu lagi tips yang kita boleh cuba… saya selalu dengar tips ini.

Fikirkan masalah kita yang sedang dihadapi, mengadu pada Allah swt tentang masalah itu kemudian ambil Al Quran dan secara rawak buka mukasurat Al Quran dimana anda akan dapati ayat Al Quran yang anda buka itu ialah tentang bagaimana anda harus hadapi masalah anda untuk kita teruskan kehidupan.

Baca:  Ubah Takdir Kepada Yang Lebih Baik Dengan Ikhlas Sedekah

Bacalah mukasurat itu dari mula sampai habis dan fahamkan terjemahannya.

Ianya adalah seolah-olah Allah swt sedang berdialog dengan anda.

Ada syaratnya ….

Syaratnya adalah anda mesti bergantung dan berharap hanya pada satu-satunya Tuhan Pentadbir sekalian alam iaitu Allah swt.

Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah swt.

Baca: Mudahnya bangkit semula

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH FORMAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 3

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge