Bagaimana nak isi akaun bank anda dengan tanpa modal malah terima duit dari orang lain?

Mungkin agak pelik juga tajuk post kali ini tapi ianya masuk akal setelah anda baca penerangan saya di bawah nanti.

Apa yang anda perlu buat ialah daftar dengan program yang menyediakan pelbagai produk yang boleh anda promo dan anda dapat komisen walaupun produk tu orang lain punya.

RM5

Sebenarnya inilah yang dipanggil affiliate.

Apa itu affiliate?

Makna mudahnya agen jualan lagi mudah jurujual atau salesman. Mesti ramai yang tak suka jadi salesman ni sebab dah perasan kalau pintu rumah dan pintu ofis kena ketuk tiba-tiba muncul seseorang yang nak menjual dan bagi katalog free kita jadi rimas.

Tapi anda perlu ubah persepsi seorang salesman.

Dengan kecanggihan IT anda tak perlu lagi menjual atau jika anda mahirkan diri dalam bidang sales ini ada teknik yag dipanggil softselling dan 1001 lagi cara untuk menjual. Apa yang banyak kita lihat dan tidak suka tu namanya hardselling, mendesak orang untuk beli.

Saya percaya jika anda dah tahu ilmu pemasaran anda akan berasa seronok nak belajar dan praktik ilmu ini.

OK. Macammana nak aplikasikan affiliate ni?

Sebagai agen affiliate anda boleh menjual ebook (produk digital), barang fizikal, dropship, dapatkan leads dan pelbagai lagi sumber komisen yang anda akan tahu bila anda banyak meneroka dengan lebih dalam lagi.

Saya beri dua contoh besar:

1. Program affiliate tempatan Jomniaga.com menyediakan platform kepada vendor untuk meletakkan pelbagai produk (kebanyakannya produk digital) dan pada masa yang sama membuka peluang kepada anda untuk mendaftar sebagai agen secara percuma untuk memasarkan produk produk tersebut kepada orang ramai. Bayaran komisen dalam RM.

2. Program affiliate luar negara seperti Amazon.com pula lebih banyak menempatkan produk-produk fizikal. Pendaftaran sebagai agen jualan juga adalah percuma dan ada panduan disediakan jika anda berminat mendaftar. Namun promosinya mesti dijalankan dalam bahasa Inggeris kerana anda menjual kepada rakyat US. Bayaran komisen dalam USD.

Kesemua komisen yang diperolehi akan dibayar kepada anda setiap hujung bulan atau setelah jumlah minimum cash out telah anda penuhi.

Inilah yang dikatakan mengisi akaun anda dengan wang orang lain.

Klik sini —> ISI AKAUN AFFILIATE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge