Bagaimana nak memulakan perniagaan kecil-kecilan secara online

Ini soalan standard, “bagaimana nak mula berniaga?” terutamanya bagi yang baru nak bermula.

Terutamanya dalam salah silah keturunan dia tak pernah jual barang.

Sepanjang hidup dia hanya membeli, tak pernah jual.

Sebab? Alergik nak menjual konon macam tak cukup duit atau harta tak bawa ke mati.

Silap.

Nabi pun meniaga. Itu sunnah menjadikan tulang empat kerat untuk mencari rezeki yang halal.

Tampung hidup tanpa mengharap belas ihsan orang lain.

Meniaga mengharap belas ihsan orang untuk beli?

Silap lagi.

Meniaga membentu orang lain untuk dapatkan barang keperluan.

Tugas meniaga bukan jual je dan dapat duit.

Tugas meniaga – buat atau cari produk dari supplier, cari pengguna yang perlukan produk, keluar duit untuk modal barang, bungkus barang, keluar duit minyak ke sana sini urus barang, poskan barang, pastikan barang sampai ke pelanggan, follow up respon barang ok ke tak.

Banyak kerja hanya nak pastikan pelanggan dapat apa yang dia nak.

Pelanggan boleh rilek dan tunggu barang je sampai.

Banyak tak kerja peniaga? Banyak. Hanya untuk keselesaan pelanggan.

Begitu jua Nabi saw meniaga untuk membekal keperluan ummah.

Sebagai galang ganti untung tu adalah upah kerjanya membanting tulang empat kerat membekal barang keperluan.

Mindset penting. Set midset nak meniaga dulu.

Ok dah.

Nak menjual pulak.

Mula-mula nak jual ni mesti ada feedback dulu. Ada sambutan ke. Ada permintaan ke.

Sebelum tu lupa pulak nak mention. Penjual. Anda diri sendiri sebagai penjual.

Adakah orang percaya ke anda ni penjual. Kredibiliti anda di mata umum dah strong ke.

Yang ni kena ada peribadi yang dipercayai kalau tak post kat fb tu nanti tak ada yang like dan komen.

Pastikan kita diri sendiri dulu mestilah dipandang senang dan dipercayai.

Selalu post kan status yang positif-positif dan membina selalu.

Elakkan fitnah caca merba dan membawa khabar-khabar yang buruk dan mengadu domba.

Ok balik kepada produk.

Nak mula meniaga kan?

Lebih baik try jual barang orang dulu. Testing skill meniaga dulu.

Bila dan confirm boleh tarik perhatian bakal prospek masa tu nak borong pun terpulanglah.

Belum ada modal? Takpe cari gambar je buat posting nak dapat feedback barang baik ke barang orang tak nak beli. Kan.

Bila buat posting tak perlu menjual.

Ait..pelik? Jangan pelik. Ini citer betul. Jangan jual.

Habis nak buat apa?

Ceriter je macam orang kata cer citer … cer citer.

Ya, cerita pasal produk.

Apa beza jual dengan cerita pasal produk?

Jual ni macam saya nak jual produk ni, murah je ada ke yang nak beli?

Itu jual. Cara ni susah bagi yang baru mula melainkan anda dah orang kenal dan nama anda memang kukuh dikalangan friends membekal barang-barang berkualiti.

Itu cara otai.

Orang baru cara nak mula menjual ialah bina peribadi anda dikalangan kawan-kawan fb.

Bila menjual, buat secara santai dan bercerita.

Contoh.

Semalam saya pergi melawat saudara. Dia mengalami sakit gout. Dah lama. Makan ubat hospital memang tak jalan. Alhamdulillah dengan izin Allah swt ada kawan lama datang rumah dan bawa satu herba ini. Dia pun suggest makan ikut jadual dan setelah makan herba ini selama 2 bulan dengan izin Allah swt surut bengkak gout dia dan kini boleh berjalan. Kalau saya nak beri cuba pada siapa-siapa yang ada gout ni agaknya ada tak yang nak cuba?

Macam tu lah caranya. Ini bukan satu cara. Anda boleh olah cerita ini dalam pelbagai bentuk dan soalan akhir tu yang minta feedback dari kawan-kawan pun boleh dibuat macam-macam cara.

Yang penting buat cerita dan mesti cerita benar kalau tak hilang keberkatan meniaga nanti.

Elakkan jual secara direct. Juallah secara indirect.

Dan setiap post fb tu janganlah pula promosi je selanglah seli dengan tips-tips positif untuk mengingatkan kawan-kawan agar ingat Allah swt selalu. Kita pun dapat pahala.

Lebih kurang macam tulah nak mula meniaga.

Jangan gelojoh, slow and steady je.

Jika nak panduan cara yang tersusun boleh tengok kat bawah. Artikel saya ni secara am je dan terangkan secara serba ringkas untuk mudah faham.

Nak mula menjual? —> Klik sini panduan menjual di FB

Hits: 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge