tips

Bagaimana nak menghias rumah dengan cara yang betul?

Sharing is caring

Perasan tak kekadang bila kita balik rumah habis keje rimas tengok rumah sendiri. Takde idea hiasan dalaman rumah langsung. Ye la hari hari keje balik, keje balik pastu keje pastu balik sampai tak ada masa langsung untuk di dedikasikan pada rumah sendiri. Tak macam gambar hiasan dalaman ruang tamu yang selalu kita tengok kat majalah. Best nyaaa….kan.

Lagi satu yang membantutkan kita nak menghias rumah ialah BAJET. Tapi sebenarnya dengan bajet yang minima pun, ia mampu memberikan impak yang maksima pada dekorasi rumah kita. Memanglah  kalau kita tengok tv tu semuanya di sponsor Eric Leong abis sume satu rumah barang baru kita pun tau kosnya berapa kan. Mestila cantik.

Bagaimana nak menghias rumah dengan cara yang betul? 1Selalunya kita berfikir… kalau nak rumah cantik, perabot dan barang – barangnya mestilah mahal-mahal, barulah ada klas. Tapi cuba try surf internet, ia pasti la boleh merubah minda dan pandangan kita. Benda-benda murah, kalau kena cara dekorasinya sebenarnya ianya mampu memberikan kesan dan persepsi yang berbeza. Cuma kena la tau caranya. Antaranya adalah dengan teknik ‘mix-match’, susun atur semula perabut serta barang hiasan sedia ada dan penggunaan barang-barang terpakai sangat menjimatkan sekaligus dapat mendekorasi ruang secara kreatif walaupun dengan bajet terhad.

Baca:  Hiasan dalaman murah untuk rumah teres

Bagaimana nak menghias rumah dengan cara yang betul? 2Bagi mereka yang langsung tiada pengetahuan asas di dalam seni dekorasi kediaman, mesti buntu idea nak mula. Asyik-asyik tunggu hujung bulan gaji masuk dan terus nak shopping kat IKEA. Betul tak? Boleh juga tapi tak semestinya beli yang mahal-mahal nak nampak cantik.

Lagi satu, pernah tak dengar pasal ‘ feature wall’ tetapi tidak tahu bagaimana hendak menentukan dinding yang sesuai?

Jadi jika nak tahu pasal ‘feature wall’ dan lain-lain tips hebat membuka minda dan hasilkan idea hiasan dalaman rumah anda sendiri, anda bolehlah dapatkan tips hiasan dalaman rumah yang ringkas.

Tentu anda dah tak sabar nak mulakan kan.

Dan tak semestinya nak tunggu Eric Leong datang baru nak buat walhal anda sendiri pun boleh buat jika tahu tekniknya.

Bagaimana anda boleh menguasai ilmu hiasan dalaman yang menarik dan memukau tanpa perlu berbelanja besar mengupah interior designer?

Baca:  Cara jaga enjin Myvi

Saya ada cuba cari contoh-contoh hiasan dalaman kat Youtube. Memang tak mengecewakan. Jadi kat sini saya share video Youtube yang menceritakan tentang tips Hiasan Dalaman Rumah dan anda boleh tiru tips -tips ini dengan menonton video kat bawah ni seperti yang ditunjukkan bagi menghias ruang sempit. Bagaimana nak hias rumah dengan ruang tamu yang kecil? Rumah kecil tak semestinya tidak memerlukan deko malah akan nampak lebih luas jika kena dengan gaya hias yang betul.

Dengan teknik khas menghias rumah dapat hasilkan hiasan yang simple tapi tetap cantik. Ianya memerlukan kemahiran dan pengetahuan hiasan dalaman bagi melahirkan gaya yang eksklusif.

Samada rumah anda rumah teres, rumah flat, semi-D dan sebagainya. Yang penting anda mesti faham terlebih dahulu prinsip asas hiasan dalaman jika mahukan interior design yang cantik dan tampak profesional walaupun dibuat oleh hanya seorang amatur.

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH FORMAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 44

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge

14 Comments on “Bagaimana nak menghias rumah dengan cara yang betul?”

  • ruang atur rumah memang perlu penting untuk mendapat ketenangan di rumah…maklumat yang menarik..

  • betul tu azian. siapa tak nak rumah yang kemas dan relaks kan.

  • teringat deco bersama eric.. 🙂

  • eric leong memang satu fenomena yang sukar dilupakan 🙂

  • sy suka deco yg simple kemas tp nampak exclusive hhehe

  • betul juga tu, wanita-wanita kini mesti nakkan sesuatu yang istimewa kan

  • Rumah yang kemas dan cantik adalah impian semua orang. Untuk merealisasikan ‘Rumahku Syurgaku’ tidak semestinya perlu berbelanja besar. Bilik tidur juga antara ruang yang perlu di ambil berat. Warna bilik, perabot dan cadar memainkan peranan penting. Apabila kita pandai menyesuaikan warna, bilik yang kecil akan nampak cantik dan kemas. Pilihan cadar yang esklusif dan moden seperti cadar patchwork akan menambahkan seri bilik. Selain itu kepada kaum wanita yang memang sudah terlalu banyak kerja akan suka kepada cadar ini. Sebab ianya sentiasa kemas.

  • Saya setuju dgn maiza, yg ptg pandai mix n match

  • Saya nk hias ruang tamu yg simple n moden…tapi x pandai…boleh bgi saya idea??

  • anita, untuk menghias ruang tamu eric leaong ada kongsikan senarai yang mesti kita buat terlebih dahulu. beliau ada kongsikannya disini – http://affiliatesecretfornewbie.com/hiasan-ruang-tamu-ringkas-dan-moden.html

    selamat menonton video ini yea.

  • Betul sekali, sekarang ini kita bisa banyak membeli dekorasi rumah yang tidak terlalu mahal. Asal penempatan dan barang yang dipilih benar, barang yang tidak mahal pun akan menimbulkan kesan eksklusif. Thanks for the info!

  • kalau faktor bajet…nak nampak mahal..rasanya kena tunggu duit banyak sejelepuk baru leh deco ala2 tahap eric leong / rizalman..huhuhu..

    saya memang dahulunya bercita2 nak jd Int Designer..heheh..tp x jd pun..sebab xde basic art..belajar degree pun x abis..(ID).

    Tapi…saya tgk pada majalah dan blog2 mcmni jela..membantu saya menghias rumah…saya sukakan konsep MIX & MATCH..

    tq dengan tips di atas…teruja …hihiih…

  • Elly; terima kasih kerana sudi komen. Pengalaman/hands on jauh lebih berharga dari sekeping ijazah. Bila minat mendalam, dibekal dengan panduan dari mentor memang sudah cukup jika nak memulakan sesuatu. In shaa Allah.

  • Sy baru lepas buat ID utk kediaman. Hired designer je. Alhamdulillah jumpa designer yg OK. Tunjuk proposal free je. Jadi ke tak dia x charge pun.. Tp design x blh bw blk lah. Syarikat lain.. Belum apa2 dh minta bayaran. Blh la cuba http://www.myrtus.com.my kena isi form dulu then manager syarikat ni akan call utk appointment presentation. Cuma kekurangan.. designer ni sgt bz, nk jumpa kena appointment semggu awal. Job byk kot.. Harap ni membantu