Bagaimana Rasulullah s.a.w berjaya menjadi penjual yang hebat?

Rasulullah s.a.w sewaktu zaman jahiliah lagi telah digelar Al-amin yang bermaksud dipercayai kerana kejujurannya.

Maksudnya peribadi baginda sendiri sudah jelas nampak kredibiliti yang sangat dihormati dan disegani.

Sewaktu baginda membuat proposal bisnes kepada Saidatina Khadijah r.a., Maisarah ditugaskan untuk memantau kerja-kerja bisnes Rasulullah s.a.w.

Setiap kali bisnes trip tersebut membuat keuntungan yang besar, Saidatina Khadijah r.a. merasa hairan lalu bertanya kepada pembantunya Maisarah berkenaan bagaimana tingkahlaku Rasulullah s.a.w. sewaktu menjalankan bisnes di lapangan.

Maisarah memberi beberapa feedback antaranya ialah kelakuan Rasulullah s.a.w. yang jujur menarik perhatian pelanggan.

Jika ada sesuatu barang yang cacat akan diberitahu awal kepada pelanggan dimana harganya mungkin berbeza dari barang yang sedang elok dan tidak rusak.

Pendek kata, just be honest dan berterus terang dengan customer. Takde selindung-selindung semata-mata nak dapat untung lebih.

Oleh itu, contoh Baginda s.a.w. bolehlah dijadikan ikutan kita.

Kita bolehlah lihat kes semacam ini semasa kes di Bukit Bintang baru-baru ini.

Sepatutnya jika jual clone katakan clone dan juallah dengan harga murah.

janganlah pula clone dikata ori dan dijual sama dengan harga ori.

Itulah maksudnya, berniaga biar jujur.

Dengan cara ini jika kita konsisten secara tak langsung pelanggan kenal kita sebagai orang yang jujur.

Kredibiliti yang tinggi merupakan aset agar pelanggan membeli dengan kita berulang-kali berdasarkan track rekod kita yang cemerlang.

Klik sini —> Tingkatkan kredibiliti anda sebagai penjual online

Hits: 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge