Beli Saham Top Glove Susulan Terbitan Bonus Lonjak Harga Saham Top Glove

Jom share dgn kawan2

Sumber: Berita Harian

Saham Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) melonjak kepada RM24.82 sesaham dipacu cadangan pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia untuk menerbitkan bonus dua untuk satu.

Ketika ditutup pada jam 5 petang, saham Top Glove menokok RM1.84 berbanding harga pembukaan RM24.10 dengan sahamnya mencecah paras tertinggi RM26.18 sesaham.

Jumlah urus niaga saham Top Glove juga berada pada 43,041,500 unit sepanjang tempoh dagangan.

Terdahulu, Top Glove dalam satu kenyataan mengumumkan cadangan terbitan bonus dua untuk satu dengan tarikh kelayakan akan diumumkan kemudian

Top Glove berkata, langkah itu akan menyaksikan sehingga 5.48 bilion saham baharu diterbitkan kepada pemegang saham syarikat dengan namanya akan diterbitkan dalam rekod simpanan pada tarikh berkenaan.

“Usaha korporat ini diambil untuk menghargai pemegang saham, membolehkan mereka memiliki saham lebih besar dalam ekuiti kumpulan dari segi jumlah saham seterusnya mengekalkan pegangan mereka,” katanya.

Pengerusi Eksekutif Top Glove, Tan Sri Dr Lim Wee Chai, berkata cadangan terbitan bonus dua untuk satu itu adalah untuk memenuhi komitmennya kepada pemegang saham setianya.

“Ini membolehkan kami meningkatkan jumlah terbitan saham, yang mana dijangka akan mewujudkan lebih banyak kecairan dan kebolehpasaran kepada saham Top Glove,” katanya.

Cadangan terbitan bonus berkenaan bergantung kepada kelulusan pemegang saham ketika mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang akan diadakan kemudian.

Top Glove meraih kedudukan tunai bersih RM284 juta dan ekuiti pemegang saham sebanyak RM4.7 bilion setakat suku ketiga berakhir 31 Mei 2020.

Terbitan bonus terakhir yang dilaksanakan syarikat itu berakhir Oktober 2018, di mana harga sahamnya mencecah sekitar RM11.50 sesaham.

Sehingga kini, syarikat sudah menerbitkan tujuh terbitan bonus dan satu pembahagian saham sejak ia disenaraikan pada 2001.

Baca: 5 Langkah Tingkatkan Keuntungan Anda Dalam Saham

Hits: 9

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge