Belum ada akaun instagram?

Sharing is caring

Aku tau korang ni banyak main facebook je kan.

Bila dah selesa dengan facebook memasing asyik mengadap tu je la.

Bagi yang bisnes atau menjual secara kecil kecilan mintak sangat la kan agar korang pelbagaikan lagi medium nak menjual tu. Biar ada kepelbagaian sikit tapi tak perlu sampai menjerat diri.

Aku nak bagitau satu lagi medium yang korang boleh join sekiranya sekarang ni korang sedang menjual di facebook.

Baca:  Tips bisnes online instagram

Instagram.

Ye, eloknya jugak korang daftar instagram.

Sebab apa.

Instagram dan facebook ni dah integrate.

Macamana tu.

Korang log in facebook dari dalam tu dah boleh masuk akaun instagram dengan beberapa klik sahaja.

Walaupun korang boleh log in menggunakan ID yang sama tetapi tetap kedua-dua media facebook dan instagram masih punya algorithm yang berbeza.

Algorithm berbeza menarik jenis orag lain yang berbeza dan akan dapat pelanggan yang berbeza.

Baca:  Teknik bisnes Instagram cara promote kuih raya

Tak susah mana pun.

Setiap post pada instagram boleh terus sahaja di share ke facebook tak perlu penat-penat copy paste atau upload gambar baru. Ini lah yang bestnya.

Just imagine buat satu post boleh iklan 2 tempat tarik perhatian 2 golongan yang berbeza.

Ini ibarat minum sambil menyelam.

Macam aku pulak nak tambah combine satu lagi platform – blog.

Baca:  Contoh iklan promosi produk makanan dengan Instagram

Ha kan bayangkan satu post muncul kat 3 media iklan berbeza. Banyak masa boleh jimat, tenaga pun save jadi tak stress.

Cumanya kena faham setiap media ada penekanan berbeza bila buat posting.

Contohnya facebook ayatnya memang nak kena power, instagram kena adjust hashtag, manakala blog pula kena mahir keyword dan tags.

So gunakan kedua-dua kemahiran dan teknologi untuk tingkatkan usaha marketing bisnes masing-masing.

Nampak bijak kan!

Hits: 2

Comments |0|

CommentLuv badge

Legend *) Required fields are marked
**) You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>