Benarkah kita perlu redha hidup miskin macam Nabi s.a.w?

Sudah tentu tidak benar!

Kita selalu dimomokkan dengan kisah Nabi s.a.w. yang hidup susah, makan tidak cukup dan pelbagai lagi.

Korang semua tentu ada belajar sejarah perkembangan Islam.

Perkembangan hidup Nabi s.a.w. selaras dengan perkembangan Islam.

Ketika kecil Nabi s.a.w. mengembala kambing.

Bila dewasa Nabi s.a.w. membantu pakciknya berdagang.

Kemudian bila pakciknya meninggal dunia, Nabi s.a.w. berniaga dengan dagangan Siti Khadijah r.a.

Nabi. s.a.w. kemudian meminang Siti Khadijah r.a. yang kaya raya.

Cuba bayangkan bagaimana seorang pemuda nak meminang seorang ahli perniagaan yang kaya?

BACA:  Percayalah Rezeki Dengan Sedekah Tak Rugi Sedekah Banyak-banyak

Berapa hantarannya?

Bila Baginda s.a.w dilantik menjadi Nabi, Baginda menggunakan seluruh hartanya termasuk harta Siti Khadijah r.a. untuk membangunkan Islam.

Di akhir hayatnya apabila Islam sudah establish Nabi s.a.w. tak mau meninggalkan sebarang harta sebab itu Baginda s.a.w. seperti nampak miskin.

Tapi kita janganlah salah faham, Nabi s.a.w. sebenarnya asalnya seorang ahli perniagaan yang kaya-raya.

Kisah ini saya ceritakan untuk menyedarkan kepada kita bahawa Islam tidak mengatakan umatnya tidak boleh menjadi kaya tetapi gunakanlah kekayaan itu ke arah yang selari dengan pembangunan Islam.

BACA:  Patah Tumbuh Hilang Berganti Dengan Yang Lebih Baik Bila Ucap Inna lillahi wa inna ilaihirajiun

Dengan cara ini bekalan harta kita yang disimpan untuk kehidupan akhirat akan terjamin.

Sebagai peringatan – harta yang kita sumbangkan itulah yang sebenarnya akan kita bawa ke akhirat. Manakala harta yang kita simpan di bank dunia akan diserahkan kepada kepada orang lain.

Jadi menyimpanlah harta kita untuk bekalan akhirat. Jadilah anda orang kaya supaya dapat diinfakkan ke jalan Islam sebagai bekalan di bank akhirat.

Faham tak?

Nak jadi kaya?

Ok.

Jadilah kaya untuk pembangunan Islam lalu membanyakkan simpanan bank akhirat kita.

BACA:  Kenapa Hidup Tak Bahagia Rasa Tak Best Dan Tak Seronok?

Itulah sebab yang kuat untuk mendorong kita jadi kaya.

Tak percaya Nabi s.a.w kaya?

Tonton video kat bawah ni.

Nabi SAW Seorang Kaya

BILA RAMAI FOLLOWER IKUT, LEBIH RAMAI ORANG NAMPAK PRODUK ANDA DI FB!

NAK TARIK LEBIH RAMAI FOLLOWER AGAR LIKES DAN KOMEN POST PRODUK ANDA?

>> DOWNLOAD CONTOH AYAT POSTING PRODUK MENARIK PERHATIAN ORANG! <<

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: