Bila mohon bantuan Allah bukan bermakna kita lemah

Manusia ni kan ego.

Dia merasa dirinya kuat bila boleh buat sesuatu.

Apalagi jika dia boleh handle semua dia akan rasa lebih hebat lagi.

Semuanya menjadi dirasakan berhasil dari hasil usahanya sendiri.

Pada waktu seperti ini doa tak jadi penting lagi.

Doa menjadi perkara kedua.

Yang paling kuat ialah diri sendiri, tak ada dia projek tak jalan.

Memohon pada Allah menjadi remeh dan dipandang leceh.

Siapa yang perlu bantuan Allah dikatakan lemah dan tak berdaya.

Walhal Allah suka pada hambanya yang meminta.

Sepatutnya semua disandarkan pada Allah terlebih dulu.

Jika konsep pandangan ini tidak diperbetulkan dikhuatiri boleh jadi silap akidah.

Apatah lagi orang ini bila diuji dan jatuh pasti akan kecewa, merana dan boleh jadi gila.

Semuanya milik Allah.

Mohonlah pada Allah.

Minta izin pada Allah.

Allah adalah bos alam semesta.

Bila bos dah approve, in shaa Allah semua boleh jadi.

Bila dah minta izin bos, Dia pasti akan support.

Semuanya milik Dia, dan berhak nak bagi atau tidak pada kita ikut kesesuaian kita dan kebijaksanaan Dia.

Rezeki Dia yang tentukan.

Bukan gitu ke.

Hits: 2

This entry was posted in tazkirah and tagged , by Azam Mohd. Bookmark the permalink.

About Azam Mohd

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge