Bina Nama Anda Di Persada Maya Media Sosial

Kenapa perlu bina nama? Selain buat posting iklan dan menjual produk jangan lupa buat juga posting-posting yang menjual nama anda. Proses ini dipanggil branding.

Sedar atau tak branding ni ramai yang buat samada secara sengaja atau tidak.

Contoh apabila seseorang seller di kecam oleh netizen di media sosial sebenarnya dia akan menjadi terkenal dengan tak semena-mena. Sebab itu jangan terpedaya ada seller yang buat perkara ini secara sengaja dan ada juga yang memang betul-betul di kecam.

Kita sebagai seller seeloknya terikat dengan etika, buat penjenamaan atau branding naikkan nama kita secara elok.

Buat posting konsisten selain buat posting menjual buat juga posting branding untuk naikkan nama kita di mata prospek supaya kelak mereka selesa dan percaya nak beli dari kita.

Posting untuk tujuan branding boleh dibuat dalam beberapa bentuk:

  1. Motivasi
  2. Mendidik
  3. Cerita kisah inspirasi
  4. Beri nilai yang baik
  5. Peringatan

Jadilah diri anda seadanya jujur dalam sampaikan maklumat, in shaa Allah lama-lama orang akan kenal anda.

Bila orang dah kenal, lebih mudah bagi anda nak jual apa, di mana dan bila-bila pun.

Selain Facebook dan Instagram kini Youtube juga boleh jadi pilihan untuk bina jenama. Kalau anda dengar tentang Youtuber sensasi Malaysia terkini tak lain tak bukan surirumah berbangsa India Sugu Pavithra yang fasih berbahasa Melayu tiba-tiba jadi sensasi dan meletup sehingga PM ke-8 pun boleh kenal hebat tak hebat penangan Youtube ni. Tapi perlu beringat tak semua media sosial kita perlu join dan aktif nanti tak larat dan kantoi. Lihat saja Sugu Pavithra tak ada pun akaun Facebook dan Instagram. Dis fokus pada Youtube sahaja sebab kadangkala ada orang tidak selesa dengan Youtube dan sesetengah orang tak suka Facebook.

Jadi keselesaan dan kesesuaian perlu juga diambilkira agar anda suka dengan apa yang dibuat baru boleh pergi jauh.

Hits: 18

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge