Bisnes hangat-hangat tahi ayam

Bukannya bisnes je.

Benda lain pun kalau hangat-hangat tahi ayam, memang tak jadi.

Nak buat apa pun jika nak nampak hasilnya perlu tahu rahsianya.

Semua orang tau tapi semua pun buat tak tau dan tak buat.

Nak tahu rahsianya nak berjaya bisnes?

Sebenarnya pun takdelah rahsia.

Jika nak mula pastikan habiskan.

Maksudnya…

Bila dah mula teruskan hingga berjaya.

Tapi kita pun tahu tak ramai yang boleh bertahan.

Bila tak ada hasil terus berhenti.

Lepas tu buat benda lain pulak.

Tak jadi lagi tak dapat hasil, lagi tukar plan buat bisnes lain pulak.

Tu yang jadi sampai bila-bila pun tobat dah dengan bisnes kerana katanya tak ada ong buat bisnes.

Sebenarnya bukan apa – tak ada daya tahan.

Sebenarnya apa – bila dah mula pastikan terus buat dan buat dan buat sampai berjaya.

Jadi formulanya jika nak mula bisnes kena sediakan minda bahawa bisnes akan sentiasa diuji dan untung bukan terus datang.

Tapi teruskan usaha istiqamah nescaya ong akan datang selepas itu.

Ong tu maksudnya rezeki lah tu.

Hits: 4

This entry was posted in bisnes internet and tagged , by Azam Mohd. Bookmark the permalink.

About Azam Mohd

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge