Bisnes tutup kedai akibat perintah kawalan pergerakan (PKP)? Ini yang sepatutnya semua lakukan

Tentunya ramai yang dah terasa bahangnya. Bukan mudah. Sukar mata melihat lagi berat bahu yang memikul. Tapi itu lumrah hidup dan takdir yang tak dapat nak ditolak.

Jutawan internet Irfan Khairi berpengalaman dengan situasi sebegini sepanjang menceburi bidang perniagaan menyatakan tidak ada gunya mengeluh dan menyalahkan keadaan.

Tindakan yang patut segera diambil adalah dengan adaptasi. Sebabnya jika tidak menyesuaikan diri maka perniagaan akan terkubur dan akan sebabkan ramai yang hilang pekerjaan. Oleh itu jadi tanggungjawab kita untuk cepat menukar strategi dan teruskan usaha dengan cara pemasaran dan perlaksanaan secara alternatif. Cuba tengok beberapa situasi bisnes dibawah.

Tuisyen

Pelajar tidak lagi boleh menghadiri sekolah apalagi tuisyen. Sementara sekolah kerajaan biasa tiada yuran bulanan dan gaji guru dibayar oleh kerajaan, pusat tuisyen adalah sendiri dan cikgu tuisyen bergantung kepada kutipan yuran pelajar yang menyertai tuisyen.

Semasa PKP ini sekolah-sekolah ada yang aktif menggerakkan pembelajaran dari rumah kerana memang telah ada inisiatif pembangunan google classroom sebelum itu. Jadi masa inilah pengisian google classroom dilaksanakan dengan pemberian homework dan latihan melalui online.

Pemilik tuisyen perlu merangka cepat menukarkan modul offline menjadi modul online untuk terus menarik peserta tuisyen untuk terus melekat dengan mereka. Mengutip yuran dengan penangguhan kelas tidak akan memberi banyak makna kerana masa yang hilang sukar untuk diganti. Apalagi bagi murid darjah 6 akan ada peperiksaan upsr yang semakin dekat. Begitu juga murid lain yang ada peperiksaan.

Murid perlukan lebih perhatian dan modul dan latihan yang diberi perlu ada feedback dan penilaian berkaitan prestasi semasa murid bagi membantu parents memantau anak-anak.

Kegagalan pusat tuisyen menyesuaikan diri akan sebabkan murid akan menarik diri.

Tadika

Tadika juga boleh memberikan pendidikan awal melalui medium atas talian. Tadika selalunya ada sudah jadual pemantauan perkembangan anak-anak dan si kecil sudah mula belajar. Walaupun penjagaan (daycare) sudah tidak boleh dijalankan sementara waktu, tadika boleh terus menjalankan pembelajaran melalui media sesuai untuk disalurkan kepada ibubapa dan seterusnya anak-anak.

Added value pada perkhidmatan seperti ini akan menambat hati parents berbanding dari hanya meminta pembayaran yuran seperti biasa tanpa ada sesi pembelajaran fizikal. Anak kecil sukakan pembelajaran yang interaktif dan mengujakan untuk menarik perhatian serta memudahkan pemahaman.

Kedai runcit/sektor peruncitan

Dalam keadaan sekarang tentu ramai yang kurang selesa untuk keluar membeli barang keperluan dapur. Bukannya malas tapi berjaga-jaga sebab untuk mencegah jangkitan covid-19. Antara offer yang telah dibuat sebagai contoh ialah kemunculan personal shopper untuk barang dapur. Sebelum ini perkhidmatan macam ni suam suam kuku tapi dalam keadaan genting sekarang ia menjadi penting,

Selain usaha individu, sektor peruncitan itu sendiri boleh main peranan. Tesco sendiri memang ada sistem pembelian dan delivery untuk memudahkan kita. Dikhabarkan dalam keadaan sekarang order pun queue dah penuh sampai ditutup sementara. Memang peluang baik untuk personal shopper sedia ada dan boleh ujudkan peluang kerja baru bagi anda yang perlukan tambahan income.

Restoran

Jika dahulu tarikan utama ialah melepak di kedai mamak tapi sekarang dah tak dibenarkan. Namun makanan perlu tetap dimakan. Contohilah kedai makanan segera yang ada kaunter drive through dan sistem penempahan dan pembayaran yang konvinien cashless menggunakan QR kod dan sebagainya.

Alternatifnya adakan servis delivery yang membolehkan makanan terus dihantar ke rumah.

Umrah

Sudah tentu bisnes ini teruk terjejas. Tapi masih ada ruang bernafas. Ramadan hampir tiba dan umat Islam yang amal sunnah Nabi saw pasti rindukan kurma, rotab dan sebagainya. Inilah masa untuk divert sikit bisnes dengan menjual produk makanan keperluan untuk memenuhi tuntutan sunnah di bulan puasa.

Itu baru satu contoh, boleh juga diusulkan cadangan produk yang lian.

Bisnes lain

Mungkin anda boleh dapat idea dari contoh kat atas jadi jangan buntu dan bersikap tunggu dan lihat. Bak kata dalam cerita ejen ali, Bertindak segera!

Baca: Usahawan perlu bangkit musim Covid-19

Hits: 55

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge