Bisnes Online vs Belajar Online

Sejak PKP ni tiba tiba bisnes online jadi popular. Akibat dari had pergerakan dan larangan keluar rumah menjadikan tempahan online menjadi pilihan agar keselamatan dan kesihatan masing masing tidak terjejas.

Bisnes secara online menjadi satu desakan kerana pulangan ekonomi yang diperlukan dan tanpa medium online bisnes tidak berjalan dan duit tak masuk. Suka atau tidak bisnes mesti berjalan bagi pastikan aktiviti ekonomi terus aktif dan orang ramai terus dapat bekalan yang diperlukan.

Penjual dan orang ramai berada dalam win win situation apabila bisnes atas talian dijalankan walaupun khidmat kurier mungkin menjadi sedikit slow kerana terlalu banyak parcel yang perlu di handle.

Kita boleh feel yang bisnes online nampak terima sambutan yang menggalakan apabila banyak apps yang dibangunkan, food panda, food grab dan macam macam delivery service tambah rancak. Kita juga dengar pasal ebazar ramadan.

Cuba tengok pulak belajar online. Time ni la kita dengar google classroom, google meet, zoom, webex yang digunakan sebagai platform untuk menyampaikan bahan untuk pengajaran atas talian.

Berbanding bisnes online yang mendatangkan keuntungan, belajar online lebih pada sampaikan ilmu daripada guru kepada murid dan tiada desakan dari segi kewangan melainkan pusat tuisyen yang jalankan kelas online.

Bagi ibubapa yang membayar tuisyen online pasti akan push anak anak ikuti tuisyen online agar kelas yang di bayar berbaloi berbanding kelas online oleh sekolah kerajaan.

Namun lebih teruk ada ibubapa menganggap belajar online satu yang mengarut dan cikgu ni makan gaji buta. Ini tunjukkan dengan jelas perlu ada awareness kepada public bahwa pembelajaran online adalah satu skill kendiri yang perlu dikuasai dan perlu usaha yang lebih gigih untuk amalkan belajar online.

Sebab tu tak tekejut bila ada ura ura untuk pendekkan cuti sekolah atas alasan cikgu dah lama cuti? Walaupun ada yang dah start kelas online seawal seminggu pkp.

Hits: 6

This entry was posted in tips by Azam Mohd. Bookmark the permalink.

About Azam Mohd

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge