bisnes offline

Borong barangan China online

Sharing is caring

Mengapa perlu borong barangan China?

Memborong secara online boleh ke?

Nak borong apa?

Seorang ahli perniagaan yang saya kenal pernah pecahkan rahsia bagaimana nak buat perniagaan yang mudah laris in shaa Allah.

Caranya ialah dengan membawa masuk barang yang tiada dijual di Malaysia. Maksudnya barang tersebut perlu di import dari luar.

Ini adalah kerana samada keunikan barang tersebut yang tidak boleh diperolehi dalam Malaysia atau jenama barang tersebut yang berkualiti tapi dijual dengan harga lebih murah kerana dibeli secara borong.

Sewaktu itu beliau sudah pun membawa masuk barang dari luar dalam kuantiti yang besar – berkontena-kontena berbanding mula-mula dulu dimana beliau buat secara kecil-kecilan.

Bagi mereka yang baru nak mula, perniagaan borong ini mungkin agak menakutkan kerana:

Baca:  Contoh perniagaan kecil

1. Modal beli barang

2. Modal tiket kapal terbang

3. Modal pengangkutan

4. Modal penyimpanan stok

5. Urusan import-eksport

6. dan pelbagai hal yang kita belum tahu

Apalagi jika kita berniaga secara sampingan kita mungkin tidak ada banyak masa untuk menghabiskan sebahagian besar masa untuk urusan yang sebegitu dimana hasilnya mungkin belum tentu berbaloi.

Tambahan lagi modal kita mungkin terhad tapi masih berminat nak borong.

Jadi kita perlu lebih berhati-hati dalam membuat urusan dan memilih cara yang paling sempoi untuk menerokai bisnes borong barangan dari China.

Kalau boleh biarlah urusan-urusan ini boleh dibuat secara online agar masa kita tidak dihabiskan dengan banyak dengan urusan yang selain dari urusan promosi.

Baca:  Bisnes tanpa modal (buat dari rumah)

Dapatkan barangan dari China secara online adalah lebih praktikal cumanya kita perlu pastikan terlebih dahulu yang pembekal barangan boleh dipercayai sepenuhnya dan pembekal juga boleh memberi harga berpatutan dengan modal yang kita mampu keluarkan.

Sebaik sahaja pembekal disemak dan dipastikan boleh dipercayai maka urusan kita seterusnya akan menjadi lebih mudah.

Siapa yang tak mahu?

Barang dari China diborong secara online dan tugas kita hanya promosi produk sahaja tanpa perlu berulang alik ke China.

Bagi saya cara borong barangan China online adalah lebih sempoi dan praktikal.

Baca: Borong barangan China Online

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH AYAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 6

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge

7 Comments on “Borong barangan China online”

  • Memang perlu hati-hati nak memborong di China … nanti kang tertipu.

  • borong borong juga tapi kena hati-hati 🙂

  • Alhamdulillah. Selama borong barang dari China belum pernah ditipu. Skarang mudah, guna online saja.

  • Kena selalu berhati-hati kalau nak berurusan secara online. Beli barang china memang best, boleh dijadikan bisnes 🙂

  • Bagi yang belum ada idea nak jual apa, eloklah rasanya mulakan dengan cuba borong dari China ni 🙂

  • assalamulaikum.. ingin dapatkan bekas kosong untuk bedak padat. cuba beli online semua order kuatiti yg banyak. kami baru ingin test market.. lebih kurang 1000 – 2000 pcs. Minta nasihat dan bagaimana nak dpt harga kilang. terima kasih

  • maswan; cuba cari kat aliexpress.com