Buat Bisnes Online Di Facebook Page Ala Influencer Dan Selebriti

Mudah sahaja jika nak lihat peniaga-peniaga facebook yang buat promosi di facebook. Tentu anda hari-hari baca newsfeed. Jika sekali kita scroll tu boleh jumpa ada yang menulis di wall boleh kita perhatikan gaya penulisan mereka.

Jangan lihat peniaga yang buat spam dan jual hard sell laku keras tapi lihat peniaga facebook yang tidak guna apa-apa perkataan yang mendesak pun tapi post dia banyak like dan komen. Peniaga ini mungkin ada fanpage untuk branding tapi wall dia tetap update untuk tonjolkan bisnes dia tapi tak menjual.

Mungkin anda pelik dan ada soalan nak tanya. Apa bisnes ni tapi tak menjual? Cuba anda belek betul-betul. Buat promosi dengan menjual tu lain sebenarnya.

Apa itu promosi ?

Promosi ni macam memperkenalkan, menonjolkan, mengingatkan, meyakinkan kepada pelanggan bahawa anda ada produk yang berkualiti dan boleh selesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Anda tidak menjual. Contoh mudah ialah pameran di mana orang mempamerkan produk dan tak menjual kecuali jika orang yang nak beli maka dia kata sila lawat laman web atau datang kedai dan sebagainya. Jadi di media sosial seperti facebook adalah lebih sesuai jika anda buat promosi. Orang membaca, tertarik dan bertanya. Anda jawab sehingga dia puashati. Akhirnya jika benar pembaca perlukan solusi dia akan tanya, mana saya nak dapat produk ni? Masa tu barulah anda jawab, saya boleh supply untuk awak.

Apa itu menjual?

Contoh paling mudah ialah tengok pasar malam. Itu memang betul jual barang. Jadi adakah sesuai, tiba-tiba anda update status post – saya nak jual barang, sape nak beli? Di pasar malam boleh. Buka meja, letak barang dan jual. Tapi di facebook memanglah tak sesuai. Kecuali…. jika anda sebelum sebelum ini dah banyak buat promosi dan kongsi info dan satu hari anda nak test market then baru boleh cakap gitu. Masa tu orang pun dah kenal anda. Jadi sebelum boleh menjual di facebook anda mestilah banyak buat promosi sehingga orang kenal tengok nama dan gambar anda, orang dah terbayang produk dan servis apa. Itu baru power.

Jadi teknik promosi anda mestilah betul secara natural dan organik orang kata. Elakkan menjual sepanjang masa. Ini tidak elok untuk imej bisnes anda. Tapi aktiviti menjual tetap kena ada tapi ada masanya yang tepat terutama bila orang tanya, “mana nak dapat produk ni?” Itu adalah masa tepat untuk menjual.

Satu lagi teknik promosi yang berkesan untuk naikkan branding anda ialah dengan mengumpul peminat agar mereka like page anda. Itu tujuan promosi supaya orang familiar dengan produk anda. Ibarat macam mana kita kenal colgate, kfc, mc donalds. Itu contoh popular. Jika influencer atau selebriti, mereka gunakan nama mereka sendiri sebagai branding. Ada yang kongsi tips takaful, tips parenting, tips kecantikan, tips kekayaan, tips rezeki dan macam-macam lagi. Hari-hari kongsi tips, mana ada jual barang. Tiada ye. Kecuali sekali sekala. Gitulah konsepnya promosi. Kongsi tips hari-hari. Kat hujungnya baru dia jual. Mungkin seminggu sekali dan hari-hari keistimewaan macam harijadi buat diskaun. Macam tu. Tapi jika orang tanya mana nak dapat produk? jangan kata pula, maaf ye saya tak menjual. Orang dah tanya tu jadi juallah kepada dia yang bertanya. Macam tu.

Facebook menyediakan satu lagi cara untuk anda tambah fans dan menjual sekiranya anda belum punyai ramai friends di facebook. Caranya ialah dengan memasang iklan. Berbanding mereka yang ramai friends, tiada masalah untuk buat promosi menjual dan menarik lebih ramai friends kerana engagement yang tinggi bila semua friends aktif. Namun bagi yang baru nak mula, friends pun tak ramai mana jadi facebook sediakan jalan singkat dan dengan memasang iklan anda boleh mulakan jualan dengan lebih berkesan.

Jadinya nak promosi bisnes online di facebook, ada caranya yang tersendiri. Jangan main terjah pula ya.

Hits: 15

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge