Cara ayat power nak tarik perhatian pelanggan bagaikan magnet

Anda tahu tak?

Perkara asas yang boleh menarik perhatian pelanggan ialah apabila anda boleh menawarkan sesuatu yang boleh selesaikan MASALAH yang sedang mereka hadapi.

Konsepnya begini…

Pelanggan ada masalah jadi mereka hanya fokus bagaimana nak selesaikan masalah tu. Masalah itu tetap ada dalam kepala mereka walaupun mereka sibuk menjalani kehidupan seharian. Samada mereka sibuk, berehat, ke sana dan ke mari tetapi masalah itu tetap ada dalam kepala mereka selagi ianya tidak diselesaikan segera.

Manakala anda sebagai pemilik produk/servis fokus kepada masalah pelanggan. Anda kena tahu siapa pelanggan anda. Pelanggan anda ada masalah apa. Bagaimana anda boleh bantu pelanggan anda yang bermasalah. Satu produk/servis mungkin boleh selesai pelbagai masalah. Jadi anda punya pelbagai kategori pelanggan.

Apabila anda melakukan promosi anda mestilah faham bahawa anda tidak boleh longgok semua masalah dalam satu kempen promosi. Kononnya produk anda boleh selesai banyak masalah tetapi apabila target anda umum, pelanggan jadi keliru.

Jadi asingkan satu promosi hanya untuk selesai satu masalah untuk satu kategori pelanggan. Buat promosi yang berasingan untuk selesai satu masalah yang lain khas untuk kategori pelanggan yang lain.

Inilah konsep promosi yang sebenarnya. Banyak lagi tips yang akan saya kongsikan.

Anda berminat?

Baca: Tarik pelanggan macam magnet

Hits: 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge