bisnes borong

Cara beli barang borong murah online dari China ke Malaysia

Sharing is caring

Post ini saya tujukan hanya untuk yang belum mula.

Masih ada rasa takut dan tak yakin.

Tapi hati sangat nak berbisnes.

Baru-baru ini saya ada pm seseorang di fb.

Beliau ni otai bisnes borong China online.

Kebetulan saya ada fanpage produk baby tapi dah lama tak ambil stok tapi page ini saya tetap maintain aktif dengan post gambar-gambar supaya ia kekal reaktif.

Ini adalah kerana susah sangat nak dapat stok yang murah.

Last stok tu ialah sebab ada orang request order dari pemborong tapi tak jadi ambil, deposit pun tak letak. Rezeki saya pemborong let go murah nak clear stok.

So, saya tanya ota ni agak-agak boleh ke dapat produk baby yang saya nak dari website borong China online.

Baca:  3 tips memilih bisnes ketika wabak Covid-19

Dia pun pm balik dengan screenshot gambar produk baby yang saya maksudkan siap dengan harga borong.

Lepas tu dia tambah lagi dia kata kalau rajin korek-korek lagi boleh dapat harga murah lagi ni. Owh memang saya betul-betul teruja bila dia bagitau rahsia ni. Bolehlah saya borong nanti.

Ada lagi satu tip penting otai ni bagitau, apa-apa hal order satu atau dua unit dulu sebab kita kena nilai produk tu ok atau tidak menepati kehendak kita.

Kalau murah tapi produk cikai pun tak jadi juga.

Website borong China online tu bukan jual barang baby je malah banyak lagi produk-produk yang biasa dan luarbiasa yang tak ada dalam Malaysia dengan harga borong (kenala pandai korek).

Baca:  Mudahnya cara borong barang China online

Tu je lah nak citer untung bagi yang nak buat trading. Import dan jual balik. Tak perlu pergi kastam ya. Barang dipos ke pintu rumah dari China.

Kalau nak beli untuk kegunaan sendiri pun boleh juga.

Cuma perlu belajar tips bagaimana nak dapat korek pembekal harga murah dan pada masa yang sama barang tetap berkualiti.

Nampak mudah tapi jangan sampai kena tipu.

Jadi berhati-hatilah.

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH FORMAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 4

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge

2 Comments on “Cara beli barang borong murah online dari China ke Malaysia”

  • tq tips. sgt2 berguna.

  • dah boleh borong lepas ni