Cara Buat Cover Timeline Facebook – 4 Elemen Penting dalam Membuat Rekaan

Oleh: Shirly Har (Penulis Jemputan)

Cara buat cover timeline facebook – Terdapat 4 elemen penting dalam membuat sesuatu rekaan yang perlu diambil perhatian. Ia akan mempengaruhi  produk atau servis itu secara tidak langsung. Jika sesuatu rekaan itu teruk ia akan memberi kesan negatif terhadap produk atau servis yang ingin disampaikan. Berikut saya senaraikan kesilapan-kesilapan yang selalu dibuat dalam rekaan:

1. Penggunaan Font

Pembaca akan menghadapi kesukaran memahami apa yang ditulis. Kadang-kadang kalau terlalu banyak jenis font digunakan pada media yang sama contohnya flyer, pembaca mungkin pening dan tidak membaca terus. Sekali pandang je, terus dibuang. Saiz teks juga penting, perlu ada keseimbangan dari segi saiz dimana yang utama dibesarkan manakala yang kurang utama dikecilkan. Jangan membesarkan semua perkataan atau semua teks kerana ia nampak tidak menarik dan kurang profesional.

2. Penggunaan Warna

Pembaca akan merasa rimas atau salah faham terhadap sesuatu produk.  Contohnya hijau selalu digunakan untuk produk-produk mesra alam dan keislaman. Warna biru selalu digunakan untuk produk yang sejuk atau air. Bayangkanlah jika promosi Raya Aidilfitri ditemakan warna merah atau ungu atau pomosi Tahun Baru Cina dengan warna hitam, ia tidak bersesuaian bukan sahaja dari segi warna tapi percayaan orang Cina yang selalunya mengelak warna hitam pada Tahun Baru Cina. Juga bayangkan kalau botol air oren dilabelkan dengan serba hitam tanpa gambar oren, pasti pelanggan yang ingin membeli tidak akan pandang langsung kepada botol tersebut.

3. Penggunaan Gambar

Gambar merupakan elemen penting dalam sesuatu rekaan. Gambar akan menaikkan minat pembaca terhadap sesuatu produk atau servis. Ia boleh menjadi rujukan kepada pembeli yang berminat. Jika boleh setiap rekaan perlulah mempunyai satu gambar berkaitan bisnes yang dijalankan.

4. Tatacara Susun Atur Teks, Gambar dan Warna

Susun Atur yang bagus nampak kemas dan sedap mata memandang. Ia bukan sahaja menarik perhatian pembaca malah secara fisiologi membuatkan pembeli membeli produk anda. Letak yang penting di bahagian atas dan letakkan yang kurang penting di sudut yang lain. Selalunya syarat  dan terma sesuatu produk diletakkan di bahagian paling bawah agar pembeli tidak menyedarinya.

Untuk lebih memahami konsep yang saya perkatakan, jom kita lihat contoh 2 design facebook cover berikut:

 

Contoh: Timeline design untuk Perhentian Island Escape

Bolehkan anda nyatakan cara buat cover timeline facebook yang mana lebih bagus? Design atas atau di bawah? Sudah tentu design di bawah. Kenapa saya katakan design di atas tidak bagus. Biarkan saya huraikan secara terperinci

Design seperti di atas memang banyak yang saya lihat. Ini adalah kesilapan yang biasa dilakukan oleh peniaga yang tidak mahir dalam rekaan.

Jom kita lihat pertama dari segi teks dan warna. Teks” PERHENTIAN ISLAND ESCAPE” berwarna hitam tidak dapat dibaca di bahagian belakang ekoran warna background (warna latar) gelap. Warna merah pada tagline “ The Heaven Island of Malaysia” jugak sukar dibaca. Ia bukan saja kecil dan kontra dengan warna background malah bentuk teks yang rendah dan panjang juga tidak bersesuaian.

Dari segi  gambar latar ianya biasa dan tidak menarik perhatian. Tidak menampakan profesionalisme. Pembaca yang tiba di fanpage ini mungkin beranggapan anda tidak serius dalam kerja anda. Ingatlah, pelanggan hanya ingin yang serius dan pakar dalam bidang yang anda ceburi. Ia mungkin hanya fanpage biasa yang dibuat oleh penulis biasa.

Bandingkan pula dengan facebook cover design seperti dibawah. Sekali lalu sahaja anda boleh buat kesimpulan yang bisnesnya mantap dan profesional. First impression adalah key kepada bisnes yang berjaya.

 

Anda perlukan lebih banyak contoh cara buat cover timeline facebook yang mantap?

 

Anda boleh browse set-set design yang canggih dengan lebih banyak lagi dengan cara:

1. Klik https://www.facebook.com/ShirliDesign

2. Like jika anda sukakan design yang ada

3. Share cara buat cover timeline facebook dengan rakan bisnes yang lain

4. Buat tempahan dengan pm atau komen di page di atas.

 

Mengenai Shirli Design:

Shirli Design menjalankan bisnes design dan printing secara online. Sedia mengambil tempahan dari pelanggan melalui fanpage dan komited menghasilkan design yang memenuhi kemahuan dan kepuasan pelanggan dalam tempoh yang dipersetujui bersama pelanggan. Shirli Design boleh dihubungi melalui facebook di Shirli Design.

2 comments / Add your comment below

  1. Hello! Do you know if they make any plugins to assist with Search
    Engine Optimization? I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I’m not
    seeing very good results. If you know of any please share.
    Kudos!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge