Cara dapat pelanggan banyak dengan pantas

Anda sedang mencari pelanggan?

Tapi tak tahu macam mana caranya?

Biar saya pecahkan satu rahsia.

Tak perlu terhegeh-hegeh mencari.

Orang lain akan sukarela memberitahu kita pelanggan-pelanggan yang berpotensi.

Bagaimana caranya?

Orang lain akan sukarela membantu kita jika mereka tahu mereka akan dapat sedikit upah.

Tak payah bayar mahal.

Sikit pun jadi sebab teknik promosi yang mereka akan guna adalah tanpa kos jadi mereka tidak rugi apa-apa pun.

Teknik ini dipanggil PPL (pay per lead) atau bayar bagi setiap pelanggan yang diperolehi.

Caranya ialah dengan menawarkan sesuatu yang percuma kepada bakal pelanggan yang berminat kepada jenis servis yang anda ditawarkan.

Sebagai syarat bakal pelanggan perlu memberikan nama dan emel kepada anda supaya anda dapat hantar tawaran percuma anda ke inbox emel bakal pelanggan.

Bagi mengutip butir-butir nama dan emel ini anda outsource atau upah kepada orang lain dengan harga yang minima yang boleh diterima oleh promoter-promoter di luar sana.

Lagi mahal, lagi ramai yang akan buat promosi untuk anda namun jika anda under bajet tawarkan sahaja apa yang mampu dan lihat feedback dari mereka.

Jika tiada sambutan maka bolehlah kita naikkan sikit upah tu untuk memberi motivasi kepada promoter untuk buat promosi.

Jadi ada win-win situation.

Cara bagaimana nak kutip nama dan emel pelanggan ni ialah dengan menghasilkan satu squeeze page.

Nak buat squeeze page ini mudah sahaja dan anda boleh dapatkan maklumat di google.

In shaa Allah.

Hits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge