Story selling cara iklan jual biskut kuih raya di FB dan IG yang laku keras

Macamana cara nak iklan promosi jual musim raya ni?

Bila tiba nak raya ni yang pastinya semua nak berbelanja ikut keperluan menyambut bulan Syawal yang ditunggu-tunggu.

Bagi yang nampak peluang pula inilah masanya kita cuba nasib dalam menyediakan keperluan orang yang sangat memerlukan. Walaupun akhirnya kita akan fikir untung rugi dan samada pelanggan yang telah mendapatkan khidmat itu berpuashati sepenohnya. Itulah kepuasan namanya. bagi pihak peniaga.

Memandangkan ramai yang bekerja adalah sangat sibuk jadi mereka memerlukan bekalan untuk raya yang siap sedia untuk digunakan dan dibeli.

Jadi sebenarnya amat mulia usaha peniaga yang menyediakan biskut dan kuih raya nagi keperluan orang lain yang amat memerlukan.

Cumanya disini samada niat itu dapat disampaikan atau tidak kepada pelanggan online.

Bagi yang menjual kepada kawan-kawan setempat mungkin mudah sebab kawan yang kita kenal dan  boleh juga jual secara offline.

Bagi yang masih terkial-kial nak niaga online dan cuba sampaikan jualan di FB namun belum dapat pelanggan disini dikongsikan tips percuma agar pelanggan boleh dapatkan biskut kuih raya dari anda.

Apa yang boleh korang buat ialah promosikan kuih raya dengan cara storyselling sebabnya kalau boleh biarla menjual tapi jangan nampak sangat menjualnya tu.

Teknik yang betul adalah sangat penting untuk bagaimana nak dapat respon dari kawan FB sebab ramai yang suka menjual di FB tapi respon yang asyik dapat ialah krik…krik…krik. Elakkan posting hardsell. Sebaiknya posting softsell. Terbaeknya jika mampu korang buat posting storyselling.

Baca:  Skrip ayat yang power adalah ayat yang mampu membuatkan prospek tak senang duduk

Kalau nak lihat contoh nak copy boleh baca contoh posting kat bawah nie …

Ni yang buat aku marah ni!

Punya lah setiap bulan wife aku ajak pergi Terengganu, dekat sini ada punya lah kami tak perasan!

Kalau macam ni, hari-hari pun boleh datang.

Brader ni berseloroh dengan kami. Ingatkan apa lah brader ni nak marah.

Mana taknya, wife brader ni suka makan keropok lekor lah, keropok ikan lah, Satar lah tapi suka original dari Terengganu.

Sedap katanya.

Dari merajuk dan masam muka, pergi jugaklah semata-mata nak makan sebulan sekali dekat Terengganu tu.

Lepas cuba Keropok Lekor dari Rara Lekor kat Bandar Baru Bangi ni, wife brader tu dah jadi pelanggan setia kami disini. Tak perlu dah ke Terengganu. Jimat duit minyak dan tol.

Mana taknya, rasa 100% asli bahan dari Terengganu cuma dibuat dan diuli homemade sahaja di Bangi. Keropok lekor cukup lembut dan cukup rasa mewah dengan isi ikannya.

Dicecah pulak dengan sos yang manis pedas pedas buatan sendiri. Memang tak cukuplah kalau beli sebungkus.

Yang tinggal di Lembah Klang ni dan nak ke Terengganu semata-mata nak makan keropok lekor asli, lebih baik singgah je di Rara lekor.

Ini antara yang ada di Rara Lekor dan harganya:

1. Keropok lekor goreng dan rebus vakum RM8 sebungkus

2. Keropok lekor goreng cheese RM12 sebungkus

3. Keropok keping ikan tamban RM15 sebungkus

4. Sos keropok lekor RM5 sebotol

5. Popia satar RM8 sebekas

6. Ketupat palas RM6 sebekas

7. Kuih ropa RM7 sebekas

Kami beroperasi di Lot 1469, Jalan Tok Pawang, Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, 43650 selangor. Boleh waze korang untuk mudah datang.

Atau

Whatsapp/call untuk nak tanya, beli atau booking: www.wasap.my/60163149769

Kami beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi sampai 7 malam sahaja.

Boleh tengok dan follow sosial media kami:
Instagram : @raralekor
Facebook Page: rara lekor

Mengapa susah-susah nak ke Terengganu semata-mata untuk menikmati keropok lekor asli? Rara Lekor di Bangi kan ada.

Oh ya, Ejen Rara Lekor juga diperlukan dan ianya terhad ya. Mudah untuk jual sebab sekali rasa pasti beli lagi.

Sumber : Koleksi Template Copywriting The Storytelling

Perhatikan ayat nak iklan keropok lekor tu memang sempoi, poyo dan bersahaja. Tak nampak macam nak iklan pun tapi lebih macam nak share story je kan. Jadi teknik macam ni la yang korang kena mahir dan kuasai sampai pandai sehingga boleh update status secara spontan tanpa rasa di paksa paksa.

Walauapapun tekniknya, kita mesti ingat yang paling penting bagaimana nak buat iklan yang boleh menarik perhatian orang. Kita mesti tahu bagaimana nak sampaikan mesej dengan jelas dan tuju pada emosi yang tepat. Untuk itu wajib kita kuasai ilmu copywriting storyselling untuk buat jualan pada musim raya.

Hits: 1484

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Popups Powered By : XYZScripts.com