Cara membuat promosi produk Amazon

Amazon adalah satu vendor yang menjual pelbagai produk. Ia boleh diabaratkan sebagai sebuah hypermarket yang besar tetapi menjual produk-produk mereka secara online. Amazon adalah syarika yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan mempunyai cawangan di negara lain juga seperti Canada, Europe dan Jepun. Setakat ini belum ada cawangan yang dibuka di Malaysia.

Jadi mengapa perlu menjual produk Amazon sedangkan anda berada di Malaysia? Inilah kelebihan bisnes internet yang dipanggil affiliate. Anda boleh membuat promosi dan menjual produk walaupun produk tersebut bukan anda yang punya dengan dibayar sdikit komisen. Amazon menyediakan platform pendaftaran agen pemasaran dari seluruh dunia dan memberi peluang kepada ramai orang untuk mendapatkan pendapatan hasil dari usaha pemasaran oleh agen. Pendafaran adalah percuma sahaja.

Sebagai agen tugas anda hanyalah promosi, promosi, promosi. Tidak perlu simpan stok barang, tidak perlu modal untuk beli stok, tidak perlu berurusan dengan pelanggan. Modal yang anda perlu keluarkan hanyalah modal pemasaran itupun jika anda memilih untuk memasarkan dengan kos. Anda juga boleh buat pemasaran tanpa kos sebenarnya.

Ada beberapa cara untuk mempromosikan produk Amazon. Secara ringkasnya ianya adalah seperti berikut:

  1. Menulis review berkenaan kelebihan produk dan di terbitkan di direktori artikel secara percuma. Bahagian akhir artikel tersebut akan disertakan link ke laman jualan produk. Direktori artikel merupakan satu portal artikel yang dipunyai oleh pihak lain. Standard atau kualiti yang ditetapkan oleh pemilik portal adalah agak tinggi. Jadi anda perlu menulis artikel berbahasa Inggeris dengan baik jika tidak artikel anda tidak akan diterbitkan.
  2. Menulis review berkenaan kelebihan produk dan diterbitkan di website atau blog agen yang menjual. Cara ini memerlukan agen mengeluarkan sedikit wang untuk membeli domain dan hosting untuk membina blog atau website. Dengan cara ini anda sendirilah yang memantau kualiti artikel anda sendiri dan tiada siapa dapat menghalang anda untuk menerbitkan artikel review kerana kuasa adalah di tangan anda sendiri. Penerangan tentang cara promosi ini ada disediakan secara percuma. Namun kos tidak diperlukan sekiranya agen memilih untu membina blog dari domain dan hosting percuma sahaja.
  3. Membina shopping cart dan menyenaraikan produk Amazon. Selalunya tiada review panjang yang dibuat tetapi hanya sedikit deskripsi dan spesifikasi produk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge