Cara Memulakan Bisnes Makanan Online Dari Rumah Waktu PKP

Waktu PKP ni ramai yang terjejas jadi hendak tidak hendak mesti cuba cari kaedah alternatif untuk support pendapatan keluarga. Bagi yang belum pernah berniaga tentu desakan yang dirasakan agak susah nak ke depan. Namun dengan niaga makanan kena cuba cara yang betul supaya pelanggan ramai yang suka dengan khidmat dan masakan kita. Semua orang perlukan makanan. Tidak dinafikan. Pelanggan untuk bisnes makanan sentiasa ada. In shaa Allah. Jadi bagaimana nak mula.

Pilih bisnes makan apa yang modal rendah. Tak payah sampai buka restoran. Satu hal pulak. Mula pun dari rumah ok dah.

Nak jual makanan apa ikutlah apa kemahiran yang ada. Contohnya biasa masak kueyteow telur banjir campur kerang ataupun mee goreng udang dan sebagainya. Masakan yang simple tapi spesel dan tak perlu nak jual pelbagai sangat. Tumpu pada satu hingga 3 jenis tapi biarlah spesel (ada xtra ingredient) untuk buat pelanggan meleleh.

Tentukan kaedah jualan dan jalankan operasi pada waktu yang tepat. Masak dan jual tak kena waktu silap-silap bisnes boleh tutup/bangkrap awal.

Pilih material dan cara pembungkusan yang paling sesuai bagi tujuan delivery takdelah pelanggan komplen bila makanan sampai ke tangan mereka.

Penentuan kos jualan makanan. Tanpa research yang betul nanti penat tak berlagu. Hasil tak cukup cover kos operasi apalagi nak beri pulangan keuntungan. Hidup pulak rasa tak berbaloi.

Ketahui cara pemasaran yang berkesan. Masak sedap mana tapi orang tak tahu tak boleh juga. Jika tahu nak buat iklan baru betul power marketing tu. Paling kurang kumpul dulu 100 pelanggan.

Mesti nak tahu cara kumpul pelanggan dalam satu grup Whatsapp supaya boleh follow up dan buat repeat order. Tak tahu kumpul pelanggan jenuh asyik nak buat marketing je sampai nak masak pun tak sempat.

Kenal diri adakah anda suka memasak atau jenis yang malas memasak supaya boleh boleh keputusan lebih awal. Jangan libatkan diri jika tak minat masak unless anda jadi runner dan cari partner yang boleh masak.

Jika cukup syarat dah boleh mula fikir untuk hidupkan api dan panaskan dapur untuk mulakan bisnes makanan dari sekarang.

Anda suka makanan western seperti spaghetti bolognese, aglio olio beef, carbonara dan sheperd pie?

Jika anda suka pasti nak tahu resepinya kan.

Dapatkan resepi spaghetti bolognese, aglio olio beef, carbonara dan sheperd pie sekarang!

Hits: 14

1 thought on “Cara Memulakan Bisnes Makanan Online Dari Rumah Waktu PKP

  1. Pingback: Untunglah Ada Hobi Untuk Ubat Hati Bosan | KepokLekor.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge